
Katanya, RM500 juta untuk Program Pembangunan Ladang Hutan perlu disertakan sekali dengan larangan menceroboh terhadap hutan simpan kekal bagi penanaman balak. Baginya, jika ia tidak dilaksanakan, skim itu akan gagal.
“Sangat penting inisiatif ini dapat menunaikan janjinya untuk melindungi kawasan hutan sedia ada dengan mengurangkan tekanan ke atas sumber kayu, sesuai dengan janji dibuat pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hal ini kerana masih tidak ada garis panduan jelas berhubung isu itu pada masa lalu, berhubung penukaran hutan kepada penanaman untuk tujuan sumber kayu, pelaksanaan skim ini dari 2006 sehingga kini mengakibatkan pencerobohan ke atas hutan simpan kekal.
“Pelaksanaan skim dari 2006, yang dijadual berakhir tahun ini, secara tidak sengaja bertukar menjadi satu insentif bertentangan kerana tidak dinyatakan untuk melindungi penukaran hutan simpan, yang ditukar ke ladang kayu monokultur,” katanya.
Kok turut berharap peruntukan yang disediakan itu tidak diletakkan bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)
“Sekiranya ia merupakan peruntukan bawah RMK12, ada risiko akan berlaku penambahan lebih lanjut ke dalam simpanan kekal jika tidak ada arah yang jelas, kerana dana tersebut akan dibelanjakan selama 5 tahun ke hadapan.
“Peserta dalam skim ini sudah meminjam dana daripada skim berkenaan. Tetapi apabila mereka memulangkan dana, ia akan kembali kepada Kementerian Kewangan, bukannya agensi. Saya menggesa agar wang yang dipulangkan oleh peminjam ini dimasukkan ke dalam dana pusingan.
“Ini akan membantu mengembangkan lebih banyak ladang hutan, memandangkan peserta akan mula menuainya tahun hadapan,” katanya.