Presiden Umany akan disoal berhubung kenyataan kontroversi mengenai Agong di Facebook

Presiden Umany akan disoal berhubung kenyataan kontroversi mengenai Agong di Facebook

Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya Yap Wen Qing akan memberi kenyataan di Balai Polis Kajang pada jam 2 petang ini.

Pemimpin sebuah persatuan pelajar di Universiti Malaya akan memberi kenyataan kepada polis berhubung hantaran kontroversi di Facebook yang dibuat oleh kumpulan itu.
PETALING JAYA:
Presiden sebuah persatuan pelajar yang mencetuskan kontroversi susulan hantaran di Facebook mengenai Yang Di-Pertuan Agong akan disoal siasat oleh polis hari ini.

Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Yap Wen Qing akan memberi kenyataan di Balai Polis Kajang pada jam 2 petang ini.

Dalam teks pesanan kepada media, Umany berkata, Yap akan diiringi oleh seorang peguam hak asasi manusia.

Malam tadi, Umany berkata, ia mempertahankan hantarannya di Facebook yang dimuat naik pada Jumaat sebelum mengeluarkannya selepas itu. Hantaran tersebut diterbitkan semula malam tadi.

Mereka juga mengancam untuk menyeret Universiti Malaya (UM) ke mahkamah sekiranya institusi pengajian tinggi itu mengambil tindakan ke atas mereka berkait kenyataan itu.

Pada Ahad, UM berkata, ia sedang menyiasat artikel bertajuk “Yang Di-Pertuan Agong should not intervene in national affairs” (Yang Di-Petuan Agong tidak harus campur tangan dalam urusan negara).

Badan pelajar itu berkata, ia menghormati raja berperlembagaan di Malaysia dan mendakwa hantaran mereka “diputar beli dan dikecam teruk oleh media”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.