
Berikutan pelaksaan perintah kawlaan pergerakan (PKP) dan sekatan selepasnya, sukan profesional terpaksa ditangguhkan atau dimainkan tanpa penonton, yang merupakan tamparan hebat bagi badan sukan yang sangat bergantung pada kutipan tiket dan royalti daripada stesen TV.
Mohamad Norza Zakaria, presiden Majlis Olimpik Malaysia dan Persatuan Badminton Malaysia, memberitahu FMT kedua-dua badan itu mempunyai beberapa perkara penting dalam senarai pemintaan mereka dalam belanjawan.
Katanya, beliau akan mengalu-alukan kenaikan pelepasan cukai daripada 7% kepada 10% yang kini ditawarkan kepada syarikat atau individu yang membantu meneruskan sukan negara.
“Ia pasti akan menarik lebih banyak syarikat, terutamanya untuk menjadi penaja atau rakan kongsi, sama ada acara sukan atau persatuan sukan negara,” katanya.
Norza mengesyorkan pengecualian cukai pendapatan untuk pemegang taruh di tempat acara sukan, atlet dan penganjur acara, yang kebanyakannya tidak mempunyai hasil kerana tidak aktif.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan skim pencen bagi atlet yang layak ke Sukan Olimpik bagi memastikan mereka dilindungi sebaik sahaja kerjaya mereka berakhir.
Selain itu, katanya, wang dipindahkan daripada “industri yang mendapat manfaat berikutan pandemik, seperti pengeluar pelitup muka dan sarung tangan atau pembekal vaksin” ke sektor sukan.
Bercakap bagi pihak semua jurulatih sukan para negara, ketua jurulatih skuad olahraga para negara R Jeganathan berkata, beliau berharap kerajaan meningkatkan sokongan kepada sukan para dalam sejumlah acara antarabangsa yang bakal berlangsung, termasuk Kejuaraan Dunia dan Sukan Paralimpik Musim Panas.
“Kita mahu menteri berikan lebih banyak sokongan dengan peruntukan khas kepada atlet para kita kerana mereka menunjukkan prestasi yang baik dalam kejohanan antarabangsa,” katanya.