
PETALING JAYA: Seorang kakitangan pejabat menteri besar Perak disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan kesihatan.
Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Faizal Azumu tidak berada di pejabat dalam tempoh itu kerana ahli Parlimen Tambun itu menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Faizal disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan semalam dan semua kakitangan lain pejabat menteri besar diarah menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Katanya, Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan saringan kontak rapat kakitangan itu dan proses sanitasi sudah dilakukan mengikut SOP.