
Pembentangan RUU Itu ditangguhkan pada Ogos dan Disember tahun lalu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali mengusulkan RUU itu ditarik balik, tanpa memberi sebarang alasan.
RUU itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 25 Nov 2019, antara lain memperkenalkan peruntukan baru untuk melindungi hak pesakit dengan memberi mereka pilihan bagi menentukan tempat mendapatkan bekalan ubat bagi rawatan.
Ia turut mewajibkan pengamal perubatan berdaftar mengeluarkan preskripsi atas permintaan pesakit dan kemungkinan hukuman penjara bagi pengamal perubatan yang gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun, RUU itu dibantah kumpulan perubatan dan ahli Parlimen, yang menyebabkan Kementerian Kesihatan mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan.