
PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP melantik Nik Amlizan Mohamed sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) yang baru, berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Syed Hamadah Syed Othman yang penggal 2 tahunnya berakhir 31 Okt lalu.
Nik Amlizan yang juga bekas ketua eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai pelaburan KWAP.
Beliau menyertai KWAP pada 2007 dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam perkhidmatan kewangan dan dana pencen.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Kolej Claremont McKenna di Amerika Syarikat.