
“Saya benar-benar ingin mewujudkan gelembung perjalanan udara dengan Malaysia,” kata Menteri Pengangkutan republik itu Ong Ye Kung dalam satu temu bual eksklusif pada Khamis.
“Bagaimanapun setakat ini, jumlah kes (Covid-19) di Malaysia cukup tinggi jadi saya rasa kita perlu tunggu dan lihat…
“Kami tahu dan penilaian pegawai penjagaan kesihatan kami menunjukkan bahawa Malaysia amat serius dalam usaha menangani virus ini. Jadi saya berharap mereka akan berjaya mengekang lonjakan kes pada gelombang kali ini.
“Apabila masanya sesuai, saya pasti akan mengusulkannya (gelembung perjalanan udara) kepada mereka,” kata Ong.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat rancangan mengadakan perjalanan lebih kerap antara Singapura dan Malaysia, yang merupakan antara laluan udara paling sibuk di rantau ini.
Setakat ini kedua-dua negara bersetuju mewujudkan 2 perjalanan rentas sempadan iaitu Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).