Jabatan Perangkaan akan keluar data guna tenaga lebih kerap

Jabatan Perangkaan akan keluar data guna tenaga lebih kerap

Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin berkata, pihaknya sedang mengkaji statistik guna tenaga tidak penuh dikeluarkan sekurang-kurangnya setiap suku tahun.

Terdapat 1.13 juta graduan yang diklasifikasikan sebagai guna tenaga tidak penuh tahun lalu.
PETALING JAYA:
Jabatan Perangkaan (DOSM) sedang mengkaji untuk mengeluarkan data guna tenaga tidak penuh lebih kerap bagi membantu mewujudkan dasar lebih baik berikutan pandemik Covid-19.

“DOSM sedang mengkaji pengeluaran lebih kerap statistik guna tenaga tidak penuh, sekurang-kurangnya setiap suku tahun,” kata Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin kepada FMT.

Ketika ini, Kajian Tenaga Kerja (LFS) jabatan itu dikeluarkan secara tahunan dan statistik guna tenaga tidak penuh memberi gambaran lebih jelas kepada penggubal dasar berhubung jumlah populasi bekerja di negara ini yang sanggup dan boleh bekerja lebih masa atau pekerjaan mereka tidak sepadan kemahiran atau pengalaman mereka – kedua-duanya semakin biasa akibat pandemik itu.

“Jika kali terakhir seseorang itu menjadi kapten kapal terbang dan sekarang beliau memandu Grab, itu adalah guna tenaga tidak penuh,” kata Uzir.

Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin.

“Jika gaji orang itu RM30,000 sebelum ini dan sekarang beliau hanya meraih RM3,000, itu bermakna gaya hidupnya perlu berubah.

“Daripada minum kopi di Starbucks, sekarang beliau hanya minum setengah cawan teh tarik di kedai kopi,” katanya dalam nada gurau.

Malah, menurut LFS, sebelum pandemik melanda, terdapat 1.13 juta graduan menjadi guna tenaga tidak penuh dengan melakukan pekerjaan kelayakan SPM pada 2019, tanda peningkatan ketara daripada 800,000 pada 2016.

Daripada 337,600 orang yang bekerja 30 jam atau kurang pada 2019, 56.7% (191,600) berkata, mereka sanggup bekerja lebih. Tiga puluh jam seminggu dianggap ambang pekerjaan separa.

Kadar guna tenaga tidak penuh, atau peratusan pekerja yang bekerja 30 jam atau kurang, adalah 2.2% pada 2019.

Kadar guna tenaga tidak penuh pada Ogos ialah 4.7%, bermaksud 741,600 orang daripada 15.9 juta tenaga kerja menganggur.

Sementara itu, pakar pekerjaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Makiko Matsumoto berkata, kadar pengangguran di negara membangun bukan petunjuk sangat berguna untuk pasaran buruh kerana ia tidak menggambarkan keperluan sebenar pekerjaan atau pendapatan.

“Namun, bagi kebanyakan negara di Asia Tenggara, seperti Thailand, Vietnam dan Malaysia, ia (kadar guna tenaga tidak penuh) cukup kecil,” katanya kepada FMT.

“Secara kasar, ia sekitar atau kurang 5% hingga 10%. Sekiranya kadar pengangguran, misalnya 2%, dan anda tambah angka tersebut, orang yang memerlukan pekerjaan dan pendapatan lebih banyak menjadi lebih besar.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.