Konsensus Belanjawan: PH masih sedang bincang, jawab PKR selepas DAP umum sedia runding dengan kerajaan

Konsensus Belanjawan: PH masih sedang bincang, jawab PKR selepas DAP umum sedia runding dengan kerajaan

Naib Presiden Xavier Jayakumar berkata DAP 'terlalu cepat'.

Xavier Jayakumar.
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan masih sedang berbincang mengenai konsensus bagi menjayakan Belanjawan 2021, kata PKR tidak lama selepas DAP dilapor mengumumkan ia sedang berunding dengan kerajaan.

Naib Presiden Xavier Jayakumar, ketika mengulas laporan memetik kenyataan Setiausaha Organisasi Loke Siew Fook, mendedahkan masih “tidak ada keputusan lagi” pada ketika ini.

“Saya ingat DAP sudah keluarkan kenyataan terlalu awal, tanpa merujuk kepada rakan-rakan lain dalam PH. DAP terlalu cepat sangat dengan kenyataan itu,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Loke dilapor berkata DAP sedia berunding secara rasmi dengan kerajaan bagi mencapai suatu “konsensus nasional” dengan semua parti, serta beliau dan “rakan-rakan” sudah mengadakan “perbincangan tidak rasmi” dengan “parti-parti lain”, cuma menunggu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan rundingan rasmi.

Menurut Astro Awani, Loke berkata hasrat itu “telah pun dimaklumkan dan dipersetujui” majlis presiden PH.

Semalam, dalam kenyataannya menolak cadangan “darurat” daripada Putrajaya, Agong menegaskan Belanjawan 2021 yang patut dibentangkan pada 6 Nov amat penting dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi, sambil mengingatkan ahli politik supaya berhenti berpolitik bagi mengelakkan kestabilan negara terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.