Wanita dipercayai pesakit Covid-19 maut selepas jatuh dari tingkat 8 hospital

Wanita dipercayai pesakit Covid-19 maut selepas jatuh dari tingkat 8 hospital

Polis berkata mangsa dijadualkan untuk keluar hospital hari ini.

Mayat wanita di perkarangan Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.
KOTA KINABALU:
Seorang wanita dipercayai pesakit Covid-19 meninggal dunia selepas jatuh dari bangunan hospital, di sini malam tadi.

Mayat wanita berusia 63 tahun itu ditemui di perkarangan Hospital Queen Elizabeth 1 pada pukul 9.15 malam. Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 8 bangunan terbabit.

Ketua polis daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata pihaknya menerima panggilan dari hospital kira-kira pukul 9.30 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital pada 13 Oktober lalu selepas didapati positif Covid-19.

Habibi berkata mangsa dijadualkan untuk keluar hospital hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa dan kejadian untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.