
Dalam kenyataan di Facebook, jabatan itu berkata 48 daripada 52 kes baharu di Perak semalam di daerah berkenaan.
“48 kes itu termasuk banduan lelaki berusia 35 hingga 65 tahun, yang ditempatkan di pusat tahanan di Larut Matang Selama.
“Pada 3 Okt, tahanan mengambil ujian saringan pertama, kerana semua kontak rapat pesakit Covid-19. Tetapi hasilnya negatif,” menurut kenyataan itu.
Jabatan itu berkata, mereka mempunyai sejarah pergerakan ke Penjara Alor Setar pada 27 dan 28 Sept, namun berada di pusat tahanan sepanjang tempoh 14 hari yang lalu.
“Pada 10 Okt, ada kes bergejala demam dan menerima rawatan di klinik pusat tahanan.
“Seterusnya, pada 13 Okt, sampel ke-2 ujian diambil. Keputusan ujian ke-2 pada 14 Okt adalah positif. Semua kes ini kes jangkitan tempatan,” kata jabatan itu.
Jabatan itu berkata, 4 lagi kes membabitkan 2 individu dari Hilir Perak dan 2 dari Hulu Perak.
“Semua 52 kes baru diasingkan dan mereka sedang menerima rawatan. Pengesanan kontak sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat kluster baharu dikesan di Perak.
Kes indeks kluster Bah Pengkalan baru-baru ini melakukan perjalanan ke Sabah.