1Utama dibenar beroperasi mulai esok

1Utama dibenar beroperasi mulai esok

Kompleks beli-belah itu ditutup sejak 11 Okt bagi tujuan saringan dan pembasmian kuman.

PETALING JAYA:
Kompleks beli-belah 1Utama di sini dibenarkan beroperasi semula esok selepas diarah tutup pada 11 Okt lalu bagi tujuan pembasmian kuman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaaan membenarkan pemilik premis membuat persediaan untuk pembukaan semula kompleks itu, selepas mendengar nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Setakat ini, seramai 6,000 termasuk pekerja, penyewa dan petugas serta 110 pengunjung disaring.

1Utama diarah tutup pada 11 Okt hingga 16 Okt bagi tujuan pembasmian kumas dan saringan selepas 3 pekerja dan 1 pengunjung dilaporkan positif.

Berdasarkan kenyataan pengurusan kompleks beli-belah itu semalam, pihaknya mengesahkan 21 kes positif membabitkan 20 penyewa dan seorang kakitangan pengurusan kompleks berkenaan.

1Utama juga menafikan dakwaan kluster 1Utama mencecah 132 kes positif seperti dilaporkan Kementerian Kesihatan semalam.

“Di sini kami ingin tegaskan, 44 kes positif membabitkan kakitangan keselamatan yang dilapor oleh pejabat daerah Petaling adalah bukan berasal dari 1Utama dan bukan sebahagian daripada 6,000 kontak yang disaring oleh pihak pengurusan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.