
TH menerusi kenyataan hari ini memberitahu kakitangan tersebut menjalani saringan Covid-19 pada 8 Oktober dan didapati positif hari ini.
“TH juga menutup semua cawangannya di Sabah bermula 7 Oktober sebaik sahaja menerima arahan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) daripada kerajaan Sabah.
“Berdasarkan penilaian risiko dilakukan oleh KKM, anggota dikenal pasti kontak rapat dengan pegawai yang dijangkiti Covid-19 diarahkan untuk menjalani ujian saringan serta menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari,” katanya.
TH juga memaklumkan pihaknya akan melaksanakan sanitasi kawasan kerja ibu pejabat TH Kota Kinabalu dan bekerjasama rapat dengan KKM dengan mengambil langkah pencegahan bagi meminimumkan potensi jangkitan kepada warga kerja lain juga pendeposit yang berurusan di kaunter TH.
Menurut kenyataan itu TH sentiasa mengutamakan keselamatan warga kerja dan pendepositnya dan menasihati orang awam khususnya pendeposit berurusan di bangunan pejabat TH untuk sentiasa mematuhi semua garis panduan dan prosedur operasi standard ditetapkan di semua pintu masuk dan kaunter TH.