3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa sambung operasi di KLIA

3 lagi syarikat penerbangan antarabangsa sambung operasi di KLIA

British Airways menawarkan 4 penerbangan seminggu ke United Kingdom, Oman Air dengan 2 penerbangan ke Muscat dan satu penerbangan Ethiopian Airlines ke Addis Ababa.

MAHB berkata, langkah keselamatan Covid-19 yang berkesan di KLIA terus menyumbang ke arah peningkatan keyakinan dalam perjalanan udara.
PETALING JAYA:
Tiga lagi syarikat penerbangan antarabangsa menyambung operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal bulan ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, British Airways menawarkan 4 penerbangan seminggu ke United Kingdom, Oman Air akan melakukan 2 penerbangan seminggu ke Muscat dan Ethiopian Airlines menawarkan satu penerbangan mingguan ke Addis Ababa.

Katanya, trafik penumpang pada bulan lalu naik 19% kepada 1.7 juta, manakala pergerakan pesawat meningkat 9.8% kepada 27,010.

“Langkah keselamatan Covid-19 yang berkesan di KLIA terus menyumbang ke arah peningkatan keyakinan dalam perjalanan udara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shukrie Salleh.

MAHB berkata, operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gocken di Istanbul mencatatkan hampir 2 juta trafik penumpang bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata penerbangan kargonya juga terus berdaya tahan, dengan purata operasi kargo sepanjang 8 bulan tahun ini mencecah 65,000 tan sebulan berbanding 76,000 tan sebulan pada 2019.

“Walaupun berlaku penurunan awal muatan kargo udara pada Mac dan April lalu akibat pengurangan kapasiti kargo, kekurangan ini segera diisi syarikat penerbangan kargo penuh.

“Ini membuktikan KLIA kekal sebagai hab serantau menarik untuk penerbangan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.