
Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan hari penamaan calon pada 23 Nov dan pengundian awal pada 1 Dis.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Liew Vui Keong pada 2 Okt lalu.
Ghani berkata, tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari.
Katanya, permohonan untuk undi pos dari luar dan dalam negara dibuka mulai hari ini.
Tarikh tutup permohonan undi pos bagi pekerja pilihan raya, polis, tentera dan petugas media ialah 19 Nov, manakala pengundi sektor kesihatan serta keselamatan di luar negara ialah 12 Nov.
“Calon tidak dibenarkan berarak (ke pusat penamaan calon) dengan penyokong atau mengadakan sebarang perhimpunan besar-besaran. Kami turut menyediakan garis panduan Covid-19 untuk PRK ini.”
Kerusi Parlimen Batu Sapi dimenangi Liew dalam pertembungan 4 penjuru membabitkan Warisan, Barisan Nasional, Amanah dan PAS dalam PRU14 pada 9 Mei 2018. Beliau menang dengan majoriti 4,619 undi.
Setakat ini, BN dan Parti Cinta Sabah mengumumkan mereka tidak akan bertanding dalam PRK itu.