
Hwang I Care dikatakan menjadi satu-satunya kedai mencuci mata tradisional Cina di Pulau Pinang, di mana ia hanya melakukan prosedur itu iaitu pembersihan mata atau mencuci mata.
Bagi mereka yang tidak biasa, mungkin akan tertanya-tanya apakah sebenarnya prosedur ini.
Usahawan, Ooi Poh Mei berkata secara harfiah ia melibatkan pembersihan bahagian dalam kelopak mata dengan kapas yang direndam dengan sejenis minyak dan dakwat hitam dan dilekatkan pada salah satu hujung sebatang wayar logam.

“Kami menggunakan minyak buatan sendiri dan dakwat hitam adalah itu adalah ubat tradisional Cina yang kami dapatkan dari ruang perubatan,” jelasnya kepada FMT.
Sebaik dakwat hitam tersebut ditarik semua habuk dan zarah lain bahkan serangga kecil akan dikeluarkan dari mata, terapung seperti serpihan hitam di dalam segelas air sebelum dibuang, kata Poh Mei, 33, yang mempelajari seni itu dari datuknya, Ooi Ah Joo.

“Datuk mengajar saya teknik itu ketika berusia 16 tahun,” katanya, sambil menambah bakat itu diwarisi dari ayah datuknya, (moyangnya) yang berhijrah dari China.
Ah Joo adalah lambang perniagaan keluarga sejak bertahun lalu kerana dia adalah Pakar Pencuci Mata di Pulau Pinang sehingga meninggal dunia pada tahun 2006 di usia 74 tahun.
Ketika itu, Poh Mei baru berusia 18 tahun namun dia bertekad untuk meneruskan perniagaan dan menjalankannya secara sambilan sambil belajar. Setelah tamat peperiksaan STPM, dia menguruskan kedai itu sendirian, dan terus melakukannya sehingga ke hari ini.

Pertama kali dia didedahkan tentang prosedur membersihkan mata ini ketika berusia 13 tahun, di mana datuknya sendiri pernah membersihkan matanya. Ia disifatkan sebagai satu pengalaman yang menakutkan, lebih-lebih lagi dia tidak memintanya untuk menutup mata.

Dia menasihati pelanggannya untuk menutup mata sebelum prosedur bermula, dan membuka kelopak mata pelanggan sambil melakukan pembersihan.
Jelas Poh Mei keseluruhan proses pembersihan itu tidak menyakitkan dan dilakukan dalam masa 10 hingga 15 minit, di mana pelanggan duduk dengan selesa di kerusi berbaring antik.

“Selagi pelanggan kami tenang dan mempercayai kami, prosesnya cukup santai dan mempunyai rasanya tidak ubah seperti sedang memakai celak,” jelasnya.
Setiap mata dibersihkan dengan sebaiknya empat kali, sebelum kelopak mata dibuka setiap kali, pelanggan akan ditenangkan dengan urutan kepala yang dan tuala hangat yang diletakkan di mata mereka.
Ibu Poh Mei, Koay Ah Sim, 52, berkata pelbagai lapisan bangsa dan usia datang untuk membersihkan mata mereka, dari kanak-kanak seawal usia tiga tahun hingga kepada orang dewasa yang berusia 90 tahun.

“Ada kanak-kanak yang matanya dimasuki pasir selepas bermain di tepi pantai dan ingin mencuci mata,” katanya, sambil menambah kanak-kanak itu dengan berani naik ke kerusi tanpa masalah atau perlu dipujuk.
Sejak bertahun lama, Hwang I Care telah mempunyai pelanggan setia yang mengakui keberkesanan prosedur tersebut.
“Makcik ini telah mencuci matanya selama sekitar 20 tahun,” kata Poh Mei sambil mencuci mata pelanggan setianya.
“Dia menjual nasi lemak dan banyak menggoreng sehingga minyak masuk ke matanya,” katanya, mengenai wanita itu yang datang ke kedainya setiap bulan.
Seorang lagi pelanggan tetap mereka ialah juruelektrik Kong Thean Siang, 29, yang mula datang untuk membersihkan mata sejak 2016 lagi.

“Kawan-kawan saya mengesyorkannya kepada saya kerana mata kami serinmg dimasuki habuk ketika bekerja,” jelasnya, yang mengakui sebagai juruelektrik dia melakukan banyak kerja pendawaian dan penggerudian dinding yang menghasilkan debu,” katanya, yang lega selepas menjalani prosedur itu.
Kong dan rakan-rakannya bukanlah satu-satunya pelanggan yang mendapatkan khidmat membersihkan mata mereka, malah ahli politik tempatan yang terkenal serta pengunjung dari Thailand, AS dan Eropah juga mendapatkan perkhidmatan mencuci mata tradisional dari keluarga Ooi.
Dalam masa hanya beberapa minit, Hwang I Care akan memberikan anda pengalaman paling “membuka mata” dan sepasang mata yang lebih segar.
Maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan Hwang I Care boleh didapati di Facebook.
Hwang I Care
83, Lebuh Carnarvon
10100 George Town
Pulau Pinang, Malaysia.
Waktu Operasi:
12 tengah hari hingga 6ptg (Isnin hingga Sabtu)
2 petang hingga 5 petang (Ahad)
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]