Selalu rasa lapar? 5 masalah ini mungkin penyebabnya

Selalu rasa lapar? 5 masalah ini mungkin penyebabnya

Lapar itu biasa, tetapi jika sering rasa lapar walaupun baru sahaja makan, anda mungkin mengidap penyakit kesihatan.

Hati-hati jika anda sering lapar walaupun baru saja makan. (Gambar Rawpixel)

Perkara biasa jika anda berasa lapar dalam beberapa jam sekali. Tetapi, jika anda masih berasa lapar, walaupun baru sahaja makan, anda mungkin mempunyai masalah kesihatan.

Dalam bidang perubatan, rasa lapar ekstrem ini dipanggil polifagia. Berikut adalah masalah kesihatan yang menyebabkan perut sentiasa berasa lapar.

1. Diabetes

Penghidap diabetes sering berasa lapar, ini terjadi apabila glukosa yang sepatutnya diubah menjadi tenaga tidak dapat mencapai sel. Ini menyebabkan tubuh mengeluarkannya dan ‘menyuruh’ anda makan lebih banyak.

Ia sering terjadi kepada penghidap diabetes “type” 1, yang mungkin akan makan dalam jumlah banyak namun, tetap akan menurunkan berat badan.

2. Gula dalam darah rendah

Hipoglikemia adalah kondisi apabila glukosa dalam badan turun ke tingkat yang sangat rendah.

Masalah ini sering terjadi kepada penghidap diabetes, namun ia turut terjadi kepada masalah kesihatan lain seperti hepatitis, gangguan buah pinggang, tumor neuroendokrin di pankreas.

3. Kurang tidur

Tidak cukup rehat juga boleh mempengaruhi hormon yang mengawal rasa lapar. Mereka yang kurang tidur memiliki nafsu makan yang lebih besar dan merasa lebih sukar untuk merasa kenyang.

Mereka juga cenderung menginginkan makanan tinggi lemak dan kalori apabila merasa penat.

4. Mengambil minuman pengganti makanan

Kebanyakan minuman dengan label ‘pengganti makanan’ seperti protein shake, atau “smoothie” buah, tidak akan membuat anda berasa kenyang dalam jangka waktu lama.

Menurut Scott D. Levenson, MD, pengarah pusat rawatan pencernaan di San Carlos, California, cairan dari minuman tadi akan keluar dari sistem penghadaman kurang dari satu jam.

Sedangkan makanan padat memerlukan waktu dua hingga empat jam untuk dikeluarkan.

5. Selalu minum minuman manis

Minuman manis selalunya kaya dengan gula fruktosa tinggi yang dikaitkan dengan rasa kenyang yang lebih rendah.

Ini kerana dengan mengambil fruktosa, akan menghalang kemampuan otak untuk memproses isyarat dari hormon leptin, atau hormon ‘kenyang’, yang memberitahu apabila perut sudah cukup makan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.