
Tanggal 4 Februari setiap tahun adalah Hari Kanser Sedunia.
Ianya adalah sebagai memperingati tentang angka kematian akibat kanser sekaligus memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kanser dan melakukan pencegahan.
Hari kanser ini adalah usaha dari Union for International Cancer Control (UICC) atau Kesatuan untuk Kawalan Kanser Antarabangsa yang diiktiraf pertama kalinya pada tahun 2000.
Ia kemudian menjadi gerakan positif kepada masyarakat untuk bersatu menentang penyakit pembunuh nombor satu ini.
Bagi menunjukkan sokongan penuh kepada pesakit-pesakit kanser, pelbagai inisiatif dilakukan pada hari tersebut.
Salah satunya adalah #NoHairSelfie pada 2016 di mana orang ramai mencukur rambut mereka sebagai simbol keberanian bagi pesakit kanser yang sedang dalam proses rawatan.
Setiap tahun, pelbagai kegiatan dan acara berlangsung di seluruh dunia dari pelbagai organisasi dan individu yang masing-masing bertindak sebagai memperingati mengenai ketabahan dan keberanian pesakit kanser.
Tema tahun ini adalah “IAmAndIWill” atau #SayaAkandanSayaBoleh yang masih sama digunakan dengan dua tahun sebelumnya. Ia bermaksud ‘komited untuk melakukan sesuatu tindakan’.
Pada hari tersebut juga, beberapa tempat terkenal seperti Air Terjun Niagara, Menara TV Kaknäs di Stockholm, dan juga Caretta Shiodome di Tokyo, akan dihiasi dengan gemerlapan warna oren dan biru sebagai meraikan Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari setiap tahun.
Sempena Hari Kanser Sedunia seluruh masyarakat haruslah bersama-sama mencegah dan mengawal penyakit tersebut dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]