Duduk di rumah dan amalkan 3 cara ini

Duduk di rumah dan amalkan 3 cara ini

Risiko penularan masih tinggi, malah Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada di rumah untuk sama-sama memerangi virus ini.

Luangkan masa bersama keluarga tersayang akan memupuk keharmonian keluarga. (Gambar Rawpixel)

Setiap hari, kes pandemik Covid-19 masih menunjukkan angka yang menakutkan. Risiko penularan masih tinggi, malah Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada di rumah bagi sama-sama memerangi virus ini.

Kita semua mestilah berdisplin mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan di samping menjaga kesihatan diri dan keluarga di rumah. Agar sentiasa dilindungi selama berada di rumah, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan.

1. Amalkan pola hidup sihat

Pola makan sihat dengan diet seimbang sangat penting menyokong sistem daya tahan tubuh agar tidak mudah sakit. Adalah disarankan agar anda banyak mengambil buah dan sayuran. Elakkan dari mengambil lemak, gula dan garam berlebihan. Lakukan juga senaman ringan di rumah seperti yoga, zumba dan lain-lain supaya tubuh kekal sihat.

2. Bersihkan kediaman

Menurut hasil kajian dari Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menyatakan, virus korona boleh bertahan berhari-hari di atas permukaan. Oleh itu, amat penting untuk membersihkan permukaan yang sering disentuh seperti telefon, tombol pintu, almari, dapur, lantai dan tandas. Jadikan ia rutin setiap hari.

3. Jauhi tekanan

Elakkan dari membaca berita-berita negatif yang akan membuatkan anda cepat stres. Tekanan atau stres boleh mengganggu kesihatan. Dalam jangka pendek stres yang kronik boleh mengganggu sistem daya tahan tubuh dan pencernaan. Sementara dalam jangka panjang boleh menyebabkan migrain, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, depresi dan gangguan kecemasan.

Untuk mencegahnya, anda boleh berhubung dengan orang terdekat dan luangkan masa bersama keluarga dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.