
Masakan di Malaysia kebanyakannya menggunakan bahan-bahan seperti bawang putih dan cili yang menyumbang terjadinya bau yang kurang menyenangkan kepada mulut anda.
Kadang-kala, memberus gigi juga tidak dapat menghilang bau yang kurang enak ini.
Apa kata anda cuba makan dua sayuran segar iaitu kobis dan salad. Kedua-dua sayuran ini mempunyai bahan kimia yang dapat memusnahkan partikel-partikel berbau. Ini diakui dari laporan kajian Universiti Ohio.
Mungkin cara ini berkesan. Tidak salah mencubakan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]