
Dijangkakan sekurang-kurangnya 50,000 pelancong domestik akan mengunjungi Pulau Pinang pada hujung minggu ini selepas rentas negeri dibenarkan.
Jadi apakah antara destinasi tarikan utama di Pulau Mutiara itu yang harus dikunjungi?
Hanya dengan perancangan yang tepat, antara lokasi terbaik di utara Semenanjung Malaysia ini dapat dikunjungi tanpa tergesa-gesa.
Berikut beberapa saranan Malaysia Travellers buat bakal tetamu yang merancang ke pulau itu.
1. Bandar Bersejarah George Town

Diiktiraf sebagai bandar Warisan Sejarah UNESCO, ibu negeri Pulau Pinang, George Town tidak ubah seperti muzium hidup, kaya dengan himpunan bangunan bersejarah dan jalan raya yang berwarna-warni.
Cara terbaik untuk menjenguk lokasi ini adalah dengan berjalan kaki.
2. Taman Botani Pulau Pinang

Taman Botanik ini adalah antara kebanggaan Pulau Pinang. Ia turut dianggap sebagai satu daripada taman botanikal terulung di Asia Tenggara dan lokasi yang tidak boleh dilepaskan di sini.
3. Kuil Burma Dhammikarama

Terletak di Lorong Burma di George Town, kuil Buddha ini didirikan pada 1803 dan memaparkan patung Buddha dengan wajah yang diperbuat dari marmar putih, kolam doa dan beberapa bangunan kuil dengan seni bina Burma termasuk Menara Pagoda Emas yang dibuka pada bulan Mei 2011.
4. Wat Chaiyamangalaram

Berhadapan Kuil Burma tersebut terletaknya Kuil Buddha Thailand ini.
Berbeza dari segi gaya, ia memaparkan patung Buddha baring dengan lapisan emas sepanjang 33 meter, antara yang terbesar di dunia.
Dinding kuil yang menempatkan Buddha berbaring itu dilapisi dengan ribuan patung Buddha kecil yang ditaja oleh penganutnya.
5. Taman Rama-Rama Pulau Pinang, Entopia

Entopia adalah vivarium berkelas dunia di mana rama-rama dibiar bebas berterbangan di tengah kehijauan dan kehijauan taman tropika tersebut. Semestinya satu daripada destinasi utama Pulau Pinang.
6. Muzium Kolonial Pulau Pinang

Muzium Kolonial Pulau Pinang ada antara muzium terbaik di Malaysia dengan koleksi perabot antik mengagumkan, tingkap kaca berwarna dan koleksi pelbagai khazanah.
7. Muzium Permainan Pulau Pinang
Insert pic 7
Kapsyen: Muzium yang menghimpunkan koleksi terbesar figura aksi dan koleksi yang berkaitan dengan filem, buku komik dan program TV. (Gambar Malaysia Traveller)
Muzium Permainan ini menghimpunkan koleksi terbesar figura aksi dan koleksi yang berkaitan dengan filem, adiwira buku komik dan program TV dari Harry Potter hingga Star Wars. Keseronokan untuk kanak-kanak semua peringkat umur!
8. Batu Feringgi

Ini adalah kawasan pantai paling popular di Pulau Pinang di mana terdapatnya banyak hotel peranginan.
Selain aktiviti pantai biasa, terdapat pelbagai tempat menjamu selera dan hiburan selain bazar malam yang menawar pakaian, aksesori, hadiah dan cenderahati.
9. Street Art

Tidak sah ke Pulau Pinang jika tidak mengunjungi Penang street mural dan street art.
Hasil seni lukisan mural pelukis luar negara dan tempatan yang cukup kreatif dihasilkan di dinding-dinding bangunan memenuhi jalan di George Town, meraikan budaya unik pulau yang indah ini.
Satu tarikan pelancong yang mesti dilawati.
10. Gurney Drive
Kembali ke George Town, Gurney Drive adalah persiaran di pinggir laut dengan dereta pelbagai restoran, medan selera penjaja yang terkenal dan Gurney Plaza, salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Pulau Pinang.
Selain lokasi yang disebutkan tadi, pengunjung juga dialu-alukan untuk singgah ke Muzium Perang, Kuil Kek Lok Si; Kuil Ular; Bukit Bendera; Taman Rempah Tropika; Dusun Buah-buahan Tropika; Logan Memorial; Seni Jalanan; Kawasan Perkuburan Yahudi Pulau Pinang; Restoran Suffolk House; Artis Pulau Pinang; Rumah Teh Bunga; dan Coffee Tree.
Tidak lupa juga pelbagai makanan enak yang popular seperti pasembur, nasi beriani, nasi kandar, rojak, mee udang, cendol, laksa penang, kari kepala ikan, mee sotong, char koey teow dan pelbagai lagi yang pastinya membuatkan anda tidak sabar untuk menikmatinya.
Artikel ini pernah disiarkan di Malaysia Traveller.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]