
Dalam mengharungi pandemik ini, masih terdapat banyak permintaan untuk makanan yang lazat dan menyelerakan bagi dijadikan santapan di rumah.
Untuk kali ini, Tourism Selangor akan berkongsi dengan anda, senarai lokasi bakeri di sekitar Selangor yang menawarkan pelbagai jenis kek, roti, serta pastri yang enak!
Bakeri dalam senarai ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke lokasi anda untuk dinikmati sambil menjaga keselamatan diri dengan kekal berada di rumah.
1. Andra by Gula Cakery, Eco Ardence, Setia Alam

Paling digemari oleh pencinta pastri tempatan, Andra by Gula Cakery pastinya salah satu bakeri yang mesti dikunjungi di Selangor.
Bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis roti dan pastri yang enak, lokasi ini turut menampilkan dekorasi yang menarik. Selain menyediakan makanan utama seperti spageti, bolognese, aglio olio dan lasagna.
Kafe yang terletak di bandar kontena, Ardence Labs Setia Alam ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar Lembah Klang.
Bakeri ini juga aktif mempromosikan produk mereka seperti menawarkan pakej diskaun dan ganjaran penghantaran percuma di laman media sosial mereka.
Dibuka setiap untuk pembungkusan (take-away), pengambilan sendiri (pick-up) dan penghantaran.
Buka: 10 pagi hingga 8 malam (setiap hari)
Sila layari: https://www.gulacakery.com/
atau https://www.instagram.com/andrabygulacakery/?hl=en
Hubungi +6010-2164284
2. Marc Et Farid, Telok Panglima Garang

Bonjour! Anda berminat untuk menikmati roti ala-ala di Paris? Bagi peminat pastri Paris, anda boleh cuba kunjungi bakeri yang terletak di Teluk Panglima Garang ini.
Marc Et Farid hanya menggunakan bahan berkualiti untuk menghasilkan produk mereka.
Bakeri ini juga memfokuskan kepada penghasilan pastri ala Perancis seperti kek dan tat termasuk tat lemon, tat praline coklat dan banyak lagi.
Bagi yang ingin mencuba produk mereka, bolehlah membuat pesanan melalui laman atas talian Beepit yang dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 11.30pm hingga 6pm.
Buka: 11.30pm hingga 6pm (setiap hari kecuali Isnin)
Hubungi +60125758048
3. Selaseh Dua by Cik Kiah, Gombak

Terletak di Gombak, Selaseh Dua yang diasaskan oleh tukang roti tempatan yang dikenali sebagai Cik Kiah, menyediakan pelbagai jenis roti dan pastri yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Ianya baru sahaja dibuka pada tahun 2019, dan kini pelbagai jenis roti dihasilkan hampir setiap hari di sini khusus untuk pelanggan mereka.
Lebih dikenali sebagai kedai roti berbanding kafe, ianya dibuka untuk pelanggan untuk pengambilan sendiri (pick-up) dan penempahan awal (pre-order) yang perlu dibuat 24 jam sebelum hari pengambilan dan penghantaran.
Sila layari: https://www.instagram.com/cikkiah/?hl=en
Hubungi +601112129101
4. Sugar and I, Subang Jaya Petaling

Mari rasai pastri dari Itali, Salve! Ianya bermula dengan semangat sepasang adik beradik yang mula menghasilkan roti atas dasar hobi dan memberi hadiah kepada kenalan.
Mereka mula membuka bakeri dalam tahun 2018 dan sejak dari itu mereka sibuk memenuhi permintaan dari pelanggan. Bakeri ini terkenal dengan produk bomboloni mereka, roti donat yang berasal dari Itali.
Pelbagai perisa bomboloni boleh didapati di sini seperti strawberi, Nutella dan juga perisa Lotus Biscoff. Servis penghantaran juga disediakan untuk memudahkan pembelian anda sementara anda duduk di rumah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +601111422597
5. FASO Patisserie, Setia Alam

Mula beroperasi pada tahun 2020, FASO Patisserie merupakan bakeri yang juga menawarkan roti ala-ala Paris seperti, souffles mousses dan chocolate eclairs.
Bakeri yang terletak di Setia Alam ini juga didekorasikan dengan konsep yang unik dan menarik untuk pelanggan menikmati hidangan pastri di kafe mereka.
Bukan sahaja konsep kafe yang unik, tetapi produk roti dan pastri mereka juga mempunyai visual yang menarik di samping menggunakan bahan-bahan premium yang halal!
Perkhidmatan penghantaran juga disediakan untuk pelanggan mereka yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60194861231
6. Der Backmeister

Itali sudah, Paris juga sudah. Kali ini mari rasakan produk roti dan pastri yang berasaskan pastri Jerman pula!
Terletak di tingkat bawah Hospital KPJ Ampang, bakeri ini menyediakan roti dan pastri dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi sahaja, dengan diperbuat dari resipi tradisional yang khas.
Rangkaian produk roti dan pastri mereka termasuk Bavarian Spelt Vanille Hörnchen, Baguette, Kirschtasche (Cherry Danish), Croissant dan macam-macam lagi.
Sila layari: https://www.derbackmeister.com/
Hubungi +603-4265 0222
7. Dou Dou Bake, Petaling Jaya

Baru dibuka pada tahun 2020, Dou Dou Bake adalah sebuah bakeri yang terletak di Petaling yang menawarkan pelbagai pastri buatan sendiri.
Dou Dou adalah nama yang diberikan berasal daripada perkataan “Dough-Dough” tanpa huruf ‘gh’, yang mana huruf ‘gh’ tersebut telah ‘dimakan’ bagi menggambarkan keenakan pastri mereka.
Dengan formula khas penapaian yang digunakan, bakeri ini menawarkan pastri dan roti termasuk sourdough, croissant, croque, pain au dan banyak lagi.
Perkhidmatan penghantaran juga disediakan setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Pesanan juga harus dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu penghantaran.
Sila layari: https://www.doudoubake.com/
Hubungi + 601169635817
Wah, senarai bakeri di atas sangat meliurkan! Untuk memastikan anda dan keluarga selamat ketika penularan wabak Covid-19, bakeri-bakeri di atas menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan sendiri (pick-up).
Anda tidak perlu risau dengan kualiti produk kerana setiap hari, mereka akan memastikan kek, pastri dan roti yang dipesan selamat sampai ke tangan anda dan mampu membuat anda tersenyum sebaik menerimanya.
Untuk membendung penularan wabak Covid-19, anda sentiasa diingatkan untuk terus ikuti SOP yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana sahaja anda pergi.
Pastikan anda mendaftar masuk ke premis di Negeri Selangor melalui aplikasi “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” dan mengikuti peraturan termasuklah seperti memakai topeng muka setiap masa, memastikan penjarakan sosial dan menggunakan cecair pembersih tangan.
Anda boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor www.selangor.travel https://selangor.travel/ untuk terus mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada masa hadapan, atau anda juga boleh mengikuti hantaran atau posting pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube untuk kekal berinspirasi! #ImagineNowExperienceSoon.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]