Paf Durian, pencuci mulut gabungan barat dan Asia

Paf Durian, pencuci mulut gabungan barat dan Asia

Paf durian merupakan resepi hidangan pencuci mulut yang menggabungkan cara masakan Barat dengan menggunakan bahan-bahan masakan bercirikan Asia.

Paf Durian, hidangan minuman petang untuk pencinta durian. (Gambar YouTube.com)

Resepi bertemakan durian! Itulah perkara yang dinanti-nantikan oleh semua pencinta durian yang ingin mempelbagaikan lagi cara mereka menghidangkan atau menikmati buah kegemaran penduduk di Asia.

Pasti semua orang boleh membayangkan buah berduri berwarna hijau kecoklatan dan isi buah yang kuning keemasan.

Apabila dimakan isi buah tersebut, rasa lemak berkrim isi yang manis membuatkan sesiapa sahaja naik sawan kerana tiada siapa yang dapat menyangka buah yang dipanggil sebagai ‘raja’ segala buah mempunyai sisi ‘lembut’ seperti itu.

Paf durian merupakan resepi hidangan pencuci mulut yang menggabungkan cara masakan Barat dengan menggunakan bahan-bahan masakan bercirikan Asia.

Pastri paf yang lembut dan gebu menjadikan rasa durian tersebut menyerlah tanpa perlu meletakkan terlalu banyak isi.

Bahan-bahan:

Paf

  • 160ml air
  • 80g mentega
  • 100g tepung gandum
  • 4 biji telur B

Krim Durian:

  • 250ml krim putar bukan susu
  • 3-4 ulas isi durian
  • 10g gelatin halagel
  • 1 1/2 sudu besar air panas (untuk larut gelatin)

Krim Kastard Durian:

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastard/tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 3-4 ulas isi durian

Cara membuat:

Paf

1. Panaskan Oven pada suhu 195 celsius.

2. Didihkan air dan mentega hingga cair. Tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga doh terbentuk dan tidak melekat. Masak di atas api sebentar sehingga nampak lapisan tipis putih di tepi periuk.

3. Sejukkan doh.

4. Masukkan sebiji telur dan kacau hingga rata. Masukkan baki telur satu per satu dan kacau hingga menjadi adunan boleh dipaip.

5. Masukkan doh dalam beg paip dengan muncung nozzle bulat. Paip doh secara berjarak di atas kertas bakar.

6. Bakar di rak tengah selama 15 minit pada suhu 195 celcius dan turun ke suhu 170 celcius sebelum bakar selama 15 minit lagi.

7. Sejukkan dahulu sebelum paip masukkan krim.

Krim Durian

1. Pukul krim putar sehingga hampir pekat.

2. Masukkan isi durian dan gelatin cair. Gaul rata.

3. Simpan sebentar dalam peti sejuk sebelum dipaip ke dalam paf.

Krim Kastard Durian

1. Satukan semua bahan kecuali mentega dan isi durian.

2. Kisar hingga rata dan tapis.

3. Masak di atas api perlahan hingga pekat, masukkan mentega, kacau hingga licin dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dipaip.

Nota Paf Durian:

  • Untuk membuat kulit paf, potong mentega kecil-kecil supaya cepat cair untuk mengelakkan jumlah air dari berkurang.
  • Tepung mesti dimasuk sekaligus supaya masak sekata. Gaul dengan cepat supaya doh licin dan tidak berketul.
  • Biar adunan sejuk dulu sebelum masukkan telur supaya telur tidak masak semasa mengadun.
  • Masukkan telur satu per satu. Gaul hingga sebati sebelum masuk telur lain.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com Butterkicap adalah platform dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.