Bom tinggalan perang dunia kedua ditemukan di Bera

Bom tinggalan perang dunia kedua ditemukan di Bera

Bom dipercayai jenis UXO Arial Bomb seberat 226 kilogram, sepanjang lebih kurang 36 inci dengan 32 inci ukur lilit itu dijumpai dalam keadaan separuh terkeluar dari tanah.

Bom itu dijumpai pada 3.30 petang oleh seorang peneroka semasa membersihkan tanah di belakang rumahnya, yang kemudian menghubungi polis. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Sebutir bom dipercayai tinggalan daripada perang dunia kedua ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Triang 1 di Bera Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah DSP Mansor Samsudin.

Beliau berkata bom itu dijumpai pada 3.30 petang oleh seorang peneroka semasa membersihkan tanah di belakang rumahnya, yang kemudian menghubungi polis.

“Bom dipercayai jenis UXO Arial Bomb seberat 226 kilogram, sepanjang lebih kurang 36 inci dengan 32 inci ukur lilit itu dijumpai dalam keadaan separuh terkeluar dari tanah.

“Mengikut perancangan, bom itu dijangka dimusnahkan pada Jumaat di lokasi dijumpai kerana penilaian mendapati bom tersebut berisiko jika dialihkan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Mansor berkata cabaran untuk memusnahkan bom itu ialah kedudukannya yang terlampau dekat dengan rumah peneroka iaitu sekitar 100 meter menyebabkan penduduk tersebut terpaksa dipindahkan terlebih dahulu ke bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berhampiran sebelum operasi memusnahkan bom dilakukan.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom Bukit Aman juga tiba di lokasi kejadian hari ini bagi melakukan kerja persediaan memusnahkan bom.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.