
Pengunjung mungkin kecewa kerana tidak dapat menyaksikan sendiri Sukan Olimpik Musim Panas, namun usah bimbang kerana mereka masih boleh menikmati keunikan Jepun secara maya.
Dengan hanya 2,000 yen (AS$18), pelancong boleh mengikuti lawatan maya ke daerah Asakusa menerusi pelancongan interaktif selama sejam dikendalikan oleh syarikat pelancongan Tokyo Localized.
Lawatan ini membawa anda terus ke satu daripada enam daerah geisha yang masih beroperasi di Jepun.
Di sini juga terletaknya kuil tertua di Tokyo, Kuil Sensoji; taman hiburan tertua Jepun, Asakusa Hanayashiki; dan Hoppy Street yang cukup terkenal dengan Yakitori (ayam dan daging panggang) serta sake.
Kunjungan yang diketuai oleh pengasas syarikat itu, Dai Miyamoto berkata, dia akan membelikan dan mengirim barangan kepada pelancong dalam talian yang kemudian membayarnya semula menggunakan kad kredit.
Penonton boleh meminta untuk menyertai pelancongan dalam talian ke lokasi lain menerusi Japan Online Tour. Bayaran dikenakan berjumlah AS$150 untuk setiap jam termasuk yuran pengangkutan dari Kobe.
Selain Abbey Road di London, jarang sekali lintasan pejalan kaki mendapat pengiktirafan antarabangsa. Namun salah satu lokasi yang paling tersohor di Tokyo, Shibuya Crossing, mendapat status itu.
Terkenal dengan jolokan ‘persimpangan jalan paling sibuk di dunia’ persimpangan itu boleh menampung sekitar 3,000 orang pada setiap pertukaran lampu isyarat.
Untuk melihat Shibuya Crossing dari sisi 360 darjah, lihat ciri interaktif CNBC, yang menampilkan fakta menarik mengenai persimpangan tersebut.
Pelancongan maya jarang datang dengan pakej cenderamata, namun mereka yang mendaftar dengan ‘furoshiki online workshop’ akan menerima pakej ditempah khas dari Jepun sebelum kelas bermula.
Furoshiki adalah teknik potongan kain berbentuk persegi yang digunakan untuk membungkus dan membawa barang sejak berabad lalu. Kelas berharga 10,000 yen (AS$91) itu termasuk dua kain Furoshiki dan sepasang cincin.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]