Singapura bakal ada Muzium Ais Krim

Singapura bakal ada Muzium Ais Krim

Singapura akan buka tiga tarikan pelancongan baru untuk memulihkan sektor pelancongan.

Muzium Ais Krim yang bakal dibuka di Dempsey pada Ogos depan bakal menjadi tarikan pelancongan.

Biarpun dunia masih bergelut dengan pandemik Covid-19, namun Singapura tetap berazam untuk memulihkan sektor pelancongannya dengan membuka tiga tarikan pelancongan baru.

Salah satunya tarikan yang pasti membuatkan ramai orang teruja ialah Muzium Ais Krim yang bakal dibuka di Dempsey pada Ogos depan.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam pengumumannya berkata, ia adalah lokasi pertama di luar Amerika Syarikat (AS) bagi muzium berkenaan.

Muzium itu sangat popular di Instagram apabila pengguna sering memuat naik gambar kolam taburan hiasan ais krim berwarna pelangi.

Turut dibuka pada tahun ini juga ialah permainan ekstrem Slingshot tertinggi di Asia bertempat di Clarke Quay khusus untuk mereka yang ingin menguji adrenalin masing-masing.

Selain itu, Singapura juga menawarkan satu lagi tempat menarik, SkyHelix Sentosa iaitu lokasi untuk melihat panaroma secara terbuka yang pertama di negara terbabit.

Lokasi yang bakal dibuka tahun depan itu menawarkan pemandangan indah di Sentosa dan Southern Waterfront.

Pada masa STB tidak akan mengabaikan kawasan pelancongan lain dan akan menghidupkannya semula seperti pusat beli belah di Orchard Road, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keith Tan.

Katanya, pihak berkuasa amat menekankan tarikan berkonsepkan golongan muda yang dilihat lebih mampan dan berimpak rendah.

Lembaga pelancongan turut bekerjasama Persatuan Perniagaan Orchard Road untuk merancakkan semula hiasan sempena sambutan Krismas dan pelbagai acara di pusat beli belah akhir tahun ini.

Tan berkata, transformasi kawasan letak kereta terbuka Grange Road kepada ruang acara juga dijangka siap tahun depan.

“Semua projek ini memberi nafas baru selepas melalui cabaran akibat Covid-19 tahun lalu. Inisiatif sedia ada juga bertujuan membantu memulihkan semula sektor pelancongan,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.