Syarikat pelancongan lancar kempen buka semula sempadan Thailand

Syarikat pelancongan lancar kempen buka semula sempadan Thailand

Orang ramai boleh menandatangani petisyen sebagai tanda sokongan

Thailand terkenal dengan pantainya yang cantik. (Gambar Rawpixel)

Beberapa syarikat pelancongan antarabangsa di Thailand melancarkan kempen untuk membuka semula sempadan negara terbabit mulai 1 Julai ini.

Kempen #OpenThailandSafely yang dilancarkan semalam mendapat sokongan lebih 15 syarikat besar termasuk YAANA Ventures, Minor Group, Asian Trails, Capella Hotels and Resorts serta EXO.

Kempen itu turut mengemukakan hujahnya dalam satu petisyen yang membabitkan permohonan rasmi kepada kerajaan Thailand supaya memberi maklum balas terhadap pelaksanaan program vaksin Covid-19 yang sedang dilaksanakan di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa sumber pasaran pelancongan mereka.

Petisyen terbabit terbuka untuk sesiapa saja sama ada di Thailand atau seluruh dunia untuk melihat pintu sempadan negara itu dibuka kembali.

Pagoda, antara tarikan pelancongan di Thailand. (Gambar Rawpixel)

Lima hujah ialah mereka kebanyakan rakyat daripada pasaran pelancongan sudah divaksin pada ketika itu manakala ia memberi masa untuk pengembara membuat perancangan dan tempahan.

Selain itu, tarikh berkenaan juga memberi ruang masa kepada syarikat penerbangan, hotel dan operator pelancongan dan beberapa pihak untuk memulakan jualan dan pemasaran serta bersedia untuk beroperasi semula.

Thailand akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun atau lebih untuk kembali menerima kedatangan pelancong asing seperti sebelum Covid-19.

Bagi memastikan sempadan dibuka dengan selamat, petisyen turut berhujah bahawa pelancong asing akan diminta memenuhi segala syarat dikenakan oleh kerajaan.

Contoh itu termasuk menunjukkan bukti sudah menerima vaksin Covid-17 dari negara asal, mempunyai insurans kesihatan serta keputusan negative ujian Covid dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

#OpenThailandSafely adalah inisiatif syarikat swasta berpangkalan di Bangkok, YAANA Ventures, Minor Group and Asian Trails.

Thailand ingin membuka semula sempadan kepada pelancong. (Gambar Rawpixel)

Ketua Pegawai Eksekutif YAANA Ventures, Willem Niemeijer, berkata, pembukaan sempadan itu akan menjadi peluang strategik untuk Thailand untuk menunjukkan peranan kepimpinan di kalangan negara Asia dan bersedia untuk pemulihan kukuh ekonomi Thailand pada 2022.

Dalam beberapa hari lagi, kempen itu akan menghantar permohonan kepada Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha, Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn dan Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan, Yuthasak Supasorn.

Menurut Bank of Thailand dan sumber rasmi di Thailand, sektor pelancongan sebelum dilanda Covid bernilai RM391.6 (US 96.5 bilion) dan sebahagian 39.7 juta pelancong asing pada 2019 membantu mengekalkan 8.3 juta pekerjaan.

Bagaimana pun, kedatangan pelancong turun kepada 6.7 juta pada 202 menyebabkan kira-kira dua hingga empat juta orang hilang pekerjaan.

Manakala, lokasi percutian lain seperti Seychelles, Maldives, Greece dan Sri Lanka sama ada sudah membuka sempadan atau dalam perbincangan untuk melakukannya melihat kepada kejayaan pelaksanaan pemberian vaksin.

Orang ramai boleh menandatangani petisyen untuk Thailand dibuka semula pada 1 Julai di www.OpenThailandSafely.org.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.