
Terletak di Hutan Simpan Machinchang Langkawi, Sungai Temurun mempunyai air terjun tiga tingkat yang menarik dengan ketinggian 200 meter. Malah, ia merupakan air terjun yang tertinggi di Langkawi.
Ianya sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga juga disediakan kemudahan rekreasi seperti wakaf dan kemudahan awam untuk mandi, jungle trekking dan bersiar-siar.
Ia sekaligus memberi satu pengalaman serta kenangan yang pasti menarik buat pengunjung yang datang ke situ.
Geotapak Air Terjun Temurun juga menarik untuk dikunjungi kerana memiliki kepelbagaian flora dan fauna yang tinggi seperti meranti langgong (sharoe lepidota), meranti tembaga (shorea leprosula) dan meranti seraya (shorea curtisii).
Langkawi diistihar sebagai sebuah geopark oleh Global Geopark Network (GGN) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1 Jun 2007.
Pulau lagenda ini berjaya mengekalkan status ini untuk tiga proses penilaian semula yang telah dijalankan pada tahun 2011, 2015 dan 2019.
Masuk ke sini adalah percuma dan dibuka dari 7 pagi hingga 6 petang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]