Paradise Valley menawarkan keseronokan tanpa had

Paradise Valley menawarkan keseronokan tanpa had

Merupakan tempat peranginan di tengah-tengah ketenangan Broga Hill yang nyaman jauh dari hiruk pikuk bandar, menawarkan keseronokan yang tiada had.

Paradise Valley, resort mempesonakan di Broga Semenyih yang dikelilingi bukit-bukau menghijau. (Gambar Tourism Selangor)

Paradise Valley adalah salah satu resort yang mempesonakan di Broga Semenyih, dikelilingi bukit-bukau menghijau dan ia mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Merupakan tempat peranginan di tengah-tengah ketenangan Broga Hill yang nyaman jauh dari hiruk-pikuk bandar.

Paradise Valley menawarkan keseronokan dan rekreasi yang tidak terhad.

Ia menyediakan destinasi luaran yang sempurna untuk bersantai sambil menikmati pemandangan yang penuh inspirasi samada untuk percutian bulan madu yang romantik atau percutian bersantai bersama keluarga.

“Rock climbing” antara aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan di sini. (Gambar Tourism Selangor)

Bukan sekadar percutian, pelbagai aktiviti dan permainan rekreasi turut disediakan seperti berkayak, “flying fox”, “rock climbing”, berkhemah, berbasikal, permainan papan dan banyak lagi.

Menghayati persekitaran dengan pemandangan hutan menghijaunya, di sini turut dipenuhi pokok buah-buahan tropika seperti markisa, nangka dan lain-lain.

Jika tidak, menyusuri hutan hujan tropika di Bukit Broga, boleh sahaja menikmati keindahan alam flora dan fauna di sini yang menyamankan.

Tasik yang mendamaikan di Paradise Valley. (Gambar Tourism Selangor)

Paradise Valley turut menawarkan pilihan bilik mewah dan asrama berhawa dingin.

Sememangnya, ia adalah lokasi yang sempurna untuk pertemuan, aktiviti berpasukan, percutian keluarga dan berkumpulan, percutian korporat serta majlis perkahwinan.

Berjalan ke hadapan dalam 10 minit berjalan kaki anda akan bertemu dengan Kuil Sak Dato’, sebuah kuil yang sempurna untuk dikunjungi.

Paradise Valley menyediakan tempat percutian santai namun menarik untuk perniagaan dan keseronokan bersama keluarga.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel

Tourism Selangor adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri Selangor. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara serta banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.