
Telur, satu sumber protin yang begitu rapat dengan sesiapa sahaja. Bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia dan Asia, telur antara bahan makanan yang mesti ada di setiap kediaman. Tidak kira bagaimana cara ia dimasak, telur menjadi kegemaran sesiapa sahaja.
Mari kita lihat, bagaimana telur dimasak di negara jiran kita.
Japan

Kajian mendapati, seorang individu Jepun akan makan sebanyak 320 biji telur setahun.
Selepas Perang Dunia ke-2, telur menjadi elemen penting dalam masakan Jepun. Tamago kake-gohan adalah makanan ringkas masyarakat Jepun, dimasak dengan meletakkan telur mentah di atas nasi.
Sukiyaki juga satu lagi masakan popular Jepun menggunakan telur.
China

Telur asin di China adalah unik dengan warna hitam yang nampak aneh bagi kita tapi kegemaran masyarakat China.
Telur kuning bertukar menjadi tekstur berkrim dan bahagian berwarna putih bertukar menjadi warna hitam. Rasa kuning telur seperti keju dengan bau yang agak tajam dan tekstur berkrim.
Proses membuat telur asin ini mengambil masa yang agak lama iaitu dari beberapa minggu ke bulan.
Korea

Sama seperti muzik K-pop, restoran Korean juga popular di Malaysia dan bibimbap adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran.
Bibimbap, atau “nasi campur” adalah masakan dalam mangkuk. Telur mentah dimakan bersama nasi campur, daging, sayuran dan sos.
India

Negara yang tidak lari dari pelbagai herba ini mempunyai makanan yang wajib dimasak bersama telur iaitu masala telur. Selalunya, ia dihidangkan bersama nasi biryani.
Di dalam hidangan ini, telur direbus dan dicampurkan ke dalam kuah masala kemudian, dimakan bersama nasi.
Filipina

Satu masakan yang popular di Filipina dipanggil Silog. Ia merupakan sarapan yang cukup popular. Perkataan Silog adalah kombinasi dari dua perkataan Tagalog yang bermaksud ‘nasi goreng’ dan ‘telur’. Silog adalah sarapan yang mengandungi nasi goreng, daging dan telur.
Walau terdapat pelbagai cara silog dimasak tetapi telur adalah wajib ada di dalam masakan ini.
Turki

Menemen adalah makanan dari Timur Tengah seperti ‘omelette’ atau telur dadar. Telur dadar dihancurkan dan dimasak dengan pelbagai campuran sayur dan rempah.
Masakan ini enak dimakan bersama roti. Ianya sangat versatil dan boleh dimasak dengan lebih banyak sayuran dan rempah mengikut citarasa masing-masing.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]