Maldives yang ‘muslim-friendly’, syurga percutian untuk semua

Maldives yang ‘muslim-friendly’, syurga percutian untuk semua

Bukan hanya terkenal dengan keindahan pantai, kehidupan laut dan aktiviti air, malah keindahan alam semula jadi hutan tropika yang menakjubkan telah menjadikan Maldives antara percutian yang terbaik di dunia.

Permandangan kebiruan air laut yang mendamaikan, pastinya menggamit perasaan setiap insan yang berkunjung di sini. (Gambar Rawpixel)

Indahnya bila berjalan di tepian pantai berpasir putih bersih, tubuh ditiup angin nyaman, pandangan tidak lekang pada kebiruan air laut sambil desiran ombak kecil berbisik di telinga. Itulah pengalaman di Maldives.

Maldives adalah antara kepulauan dengan pantai yang terbaik di dunia. Mempunyai kira-kira 1,200 buah pulau, menjadikan 99% dari kepulauan ini diliputi air dan hanya 1% darinya adalah daratan. Sebuah negara islam yang terkecil dan merupakan salah satu tempat paling selamat.

Bukan hanya terkenal dengan keindahan pantai, kehidupan laut dan aktiviti air, malah keindahan alam semula jadi hutan tropika yang menakjubkan telah menjadikan Maldives antara percutian yang terbaik di dunia.

Snorkeling antara aktiviti wajib di Maldives. (Gambar Rawpixel)

Terletak di Lautan Hindi kira-kira 700km di barat daya Sri Langka dan 400km di barat daya India, Maldives dikelilingi pulau-pulau yang begitu sempurna menjadikan ia amat sesuai dengan aktiviti seperti renang, memancing, menyelam skuba, snorkeling dan luncur angin.

Permandangan luar biasa di bawah laut serta air yang bersih, kepulauan ini kaya dengan hidupan bawah laut seperti terumbu karang, ‘baby sharks’, ikan-ikan tropika berwarna-warni, pari kola, penyu, jerung yang jinak dan ikan paus. Semuanya sedia menanti anda apabila melakukan aktiviti menyelam.

Hidupan laut yang mempersonakan antara tarikan utama dasar lautnya. (Gambar Pixabay)

Paling menakjubkan kesemua hidupan laut ini tidak membahayakan. Antara lokasi menarik untuk aktiviti snorkeling ialah Banana Reef, HP Reef (Girifushi Thila), dan Manta Point.

Maldives juga dikenali dengan tarikan sebagai negara yang sangat muslim-friendly yang turut menyediakan pelbagai pilihan makanan halal. Hidangan tempatan Dhivehi Cuisine antara yang menjadi tarikan utama di kalangan pelancong. Hidangan tempatan ini dibuat daripada tiga bahan utama iaitu kelapa, ikan dan ubi yang merupakan hasil tempatan.

Jangan lupa, ke restoran di bawah laut yang terletak di Hurawalhi Island Resort. Dibina beberapa kaki di bawah paras laut dengan dinding kaca untuk anda nikmati pemandangan indah seperti berada di dalam laut.

Memancing di waktu malam juga antara aktiviti wajib kepada semua pelancong yang datang ke sini. Uniknya, anda berpeluang memancing menggunakan teknik hand line dengan ikan mentah sebagai umpan.

Lautan cahaya menerangi persisiran laut di Maldives. (Gambar Pixabay)

Di waktu malam juga, anda boleh pergi ke Pantai Bioluminesin di Pulau Vaadhoo. Di sana anda akan melihat lautan cahaya bintang menerangi persisiran laut di Maldives. Jutaan kilauan fitoplanton iaitu organisma halus seakan kelip-kelip yang akan mengeluarkan cahaya apabila dilambung ombak atau apabila terkena kocakan air. Amat menakjubkan.

Tidak sukar mencari tempat pengidapan di sini kerana setiap resort di Maldives dimiliki oleh pulau-pulau persendirian dan mempunyai lebih 100 buah resort untuk dipilih. Hotel-hotel mewah juga lengkap dengan kolam mandi dan spa.

Sebelum pulang, pastikan anda mendapatkan barangan cenderahati buatan masyarakat di sini.

Maldives yang mengujakan, satu percutian idaman yang pasti tidak akan anda lupakan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.