
Agaknya sudah berapa kali anda hampir putus asa dengan tanaman hiasan dalam pasu yang kerap mati atau mungkin juga kurang mesra dengan tanah yang kotor.
Bagi memastikan sesuatu tanaman hiasan itu hidup segar, ia memerlukan air, oksigen, nutrisi dan pelbagai lagi elemen yang mampu menyokongnya untuk membesar dengan sihat.
Secara umumnya, tanaman hiasan memerlukan faktor-faktor yang disebutkan tadi termasuk tanah.
Apa kata kali ini anda beralih kepada tanaman dalam air pula.
Kaedah ini dianggap hampir pasti menjamin pokok kesayangan anda tidak akan mati hanya kerana terkurang atau terlebih air.
Tanpa medium tanah juga, tanaman secara umumnya berkemungkinan lebih bebas daripada hama dan penyakit tertentu yang sering berpunca dari tanah.
Itu tidak termasuk penjagaan rutin yang berkurang.
Walaupun demikian, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum mengubah semua tanaman hiasan pasu anda ke dalam air.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan:
- Pilih tanaman yang mampu hidup di dalam air dan potong bahagian bawah daun yang memiliki hormon paling aktif.
- Pastikan tanaman yang dipotong masih segar dan sediakan segelas air. Gunakan balang kaca atau gelas yang cukup tinggi. Ini dilakukan kerana tanaman yang baru dipotong memerlukan semua nutrisi dari air.
- Pantau tanaman anda selama dua minggu. Jika air berkurangan, jangan lupa tambah ya.
Pun begitu, tidak semua tanaman sesuai untuk hidup dalam air.
Beberapa jenis tanaman yang lazimnya sesuai dengan air adalah janda bolong, devil’s Ivy, philodendron, iler, kimunding, begonia, geranium, sirih gading, lili paris, lili perdamaian, jade, daun mint, oregano, basil, rosemary, lavender dan sage.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]