Bot Banksy sentuhan artis grafiti misteri bakal dipamer di muzium

Bot Banksy sentuhan artis grafiti misteri bakal dipamer di muzium

Banksy adalah artis jalanan ternama dunia yang masih tidak dapat dipastikan identitinya.

Pihak majlis mengesahkan kontraktor mengalihkan bahagian ‘bot’ dari karya seni itu kerana ia menyekat aliran longkang. (Gambar PA Media)

Sebuah karya seni jalanan 3D, sentuhan artis grafiti misteri ternama dunia, Banksy bakal mendapat tempat di muzium.

Karya yang terletak di Oulton Broad, berhampiran Lowestoft, Suffolf itu menunjukkan tiga kanak-kanak sedang berdiri di dalam ‘bot’.

Dianggap sebagai ‘Anugerah Tuhan’ oleh penduduk tempatan, kehadiran karya Bot Banksy itu telah mengundang ramai pengunjung ke Taman Nicholas Everitt yang menggilai hasil seni Banksy.

Walau bagaimanapun, bot tersebut terpaksa dipindahkan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan banjir, namun menurut Suffolk Live, wujud rancangan untuk menempatkannya ke sebuah muzium.

Orang ramai sanggup membanjiri lokasi tersebut untuk melihat kerja seni Banksy, dan diharapkan kepingan besi bergelombang berbentuk bot itu akan turut mengumpan pengunjung ke muzium.

Bot Banksy tersebut diletakkan di bawah lukisan kanak-kanak sentuhannya di Taman Nicholas Everitt untuk memberi kesan 3D, dengan keterangan bertulis ‘Kita semua berada di dalam bot yang sama’.

Ia terpaksa dipindahkan kerana menyekat saluran longkang, dan sejak itu, karya seni tersebut ditutup dengan layar khas untuk melindunginya daripada vandalism dan unsur-unsur lain.

Bot itu kini berada di satu lokasi yang dirahsiakan, namun badan amal, Majlis Oulton Broad Parish yang mengendalikan taman tersebut perlu menentukan tindakan seterusnya.

“Ia tidak boleh kembali ke situ kerana terlalu besar, dan kami tidak boleh memotong ia kerana nilainya,” kata pengerusi majlis, Sandra Keller kepada BBC.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.