Tom Daley kait kardigan merah jambu buat Jun Hoong

Tom Daley kait kardigan merah jambu buat Jun Hoong

Perenang berusia 27 tahun itu juga difahamkan mempunyai laman web yang dikhususkan untuk seni mengait.

Tom Daley yang dilihat mengait turut membuatkan kardigan berwarna merah jambu untuk penerjun negara, Cheong Jun Hoong, Mei baru-baru ini. (Gambar Facebook)

Penerjun Britain, Tom Daley tiba-tiba menjadi tular bukan kerana memenangi pingat emas sebaliknya dilihat mengait ketika sedang menyaksikan acara akhir 3m papan anjal wanita di Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Video yang tersebar itu bukan saja menghiburkan ramai di media sosial malah kebanyakan mereka tertanya-tanya apa yang sedang dikait Daley.

Daley yang memenangi emas buat pertama kalinya dalam acara platform 10m synchronised dengan pasangannya Matty Lee tahun ini, membuat pengakuan bahawa dia sebenarnya sedang mengait baju bulu untuk seekor anjing.

“Bagi mereka yang bertanya apa yang sedang saya kait sekarang, saya sedang mengait baju untuk anjing @izzythe. Frenchie,” katanya.

Perenang berusia 27 tahun itu juga difahamkan mempunyai laman web yang dikhususkan untuk seni mengait dan hasilnya termasuk sehelai kardigan berwarna merah jambu untuk penerjun Malaysia, Cheong Jun Hoong May baru-baru ini.

“Saya kaitkan kardigan buat kawan baik saya Cheong Jun Hoong,” katanya.

Pemenang pingat emas Olimpik itu juga mengait uncang khusus untuk pingat emasnya dan mengaku mempelajari seni mengait banyak membantunya melalui waktu-waktu sukar sehinggalah dia mampu meraih emas.

“Oh, seorang juara olimpik sedang mengait di khalayak ramai,” komen nakal BBC Sport di Twitter.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.