
Amfibia misteri tanpa kaki yang cukup dikenali sebagai ‘Penis snake’ kerana rupa bentuknya itu adalah spesies invasif terbaharu yang sedang menular di Florida Selatan.
Dikenali secara formal sebagai caecilian, makhluk yang berasal dari Colombia dan Venezuela ini semakin kerap ditemui di Terusan Tamiami berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.
Caecilian mampu membesar dari hanya beberapa inci hingga mencecah lima kaki dan mempunyai penglihatan yang sangat terhad.
Walaubagaimanapun, ‘penis snake’ mempunyai sepasang sesungut sensori di antara mata dan lubang hidung untuk membantunya mengesan makanan, yang disambar dengan puluhan gigi tajam seperti jarum.
Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida mengesahkan bahawa caecilian adalah tidak berbahaya.
Mampu hidup di darat dan air tawar, haiwan yang seakan belud itu hidup dengan memakan cacing, anai-anai, ular kecil, katak dan cicak, lapor Wired.
Walaupun lebih menyerupai ular, caecilian tergolong dalam keluarga amfibia seperti katak, kodok, salamander dan newt.
Typhlonectes natans adalah caecilian yang paling biasa didagangkan di pasaran dan akan berkembang biak dalam kurungan dengan melahirkan anak.
Pengurus koleksi herpetologi Muzium Florida, Coleman Sheehy dalam satu kenyataan berkata, sangat sedikit yang diketahui mengenai haiwan ini di alam liar, tetapi ia tidak berbahaya dan bukan pemangsa yang serius.
Oleh kerana spesies ini lazim disimpan dalam akuarium di rumah dan tidak mudah melarikan diri, Sheehy mengesyaki ada individu yang telah membuang haiwan kesayangan yang tidak diingini ke dalam terusan.
“Sebahagian daripada terusan C-4 kelihatan seperti habitat asalnya dan mungkin ia dapat menyediakan suasana di mana spesies ini mampu berkembang seandainya dapat menyesuaikan diri,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]