Sotheby’s sasar RM4.2 juta untuk kasut ikonik Olimpik Nike

Sotheby’s sasar RM4.2 juta untuk kasut ikonik Olimpik Nike

Sotheby New York akan mula menjual kasut tersebut dalam talian pada 23 Julai hingga 2 Ogos.

Sotheby menunjukkan kasut larian prototaip jenis ‘spike’ buatan tangan pengasas bersama Nike, Bill Bowerman untuk pelari pecut Kanada, Harry Jerome pada 1960-an.

Pada hari sama sukan Olimpik bermula bulan ini, Sotheby akan menjual kasut larian buatan tangan oleh pengasas bersama Nike untuk peserta Olimpik Harry Jerome pada 1960 yang dijangka mencecah RM4.2 juta.

Kasut ikonik khusus untuk padang dan balapan itu direka oleh Bill Bowerman untuk Jerome, pelari pecut Kanada yang memenangi pingat gangsa untuk acara 100 meter di Olimpik Tokyo pada1964. Ia menampilkan anak panah merah yang merupakan logo awal Nike swoosh yang cukup terkenal.

Sotheby New York akan mula menjual kasut tersebut secara dalam talian pada 23 Julai hingga 2 Ogos.

Rumah lelongan itu menganggarkan jualan boleh mencecah antara $800,000 (RM3.3 juta) hingga $1.2 juta dolar (RM4.2 juta).

Jualan ini dibuat memandangkan pasaran kasut sukan ikonik, yang sebelumnya dilihat sebagai produk niche, melambung tinggi.

Pada bulan April, sepasang kasut Nike Air Yeezy 1 yang dipakai oleh rapper Kanye West dijual dengan harga $1.8 juta (RM7.5 juta), tiga kali ganda berbanding rekod sebelumnya.

Kasut itu mengalahkan rekod yang dipegang oleh sepasang Nike Air Jordan 1 yang dijual dengan harga $615,000 (RM2.6 juta) pada bulan Ogos 2020 di rumah lelongan Christie.

Sotheby berkata kasut buatan Bowerman, yang mengasaskan Nike bersama Phil Knight itu, “mewakili babak penting dalam asal-usul jenama Nike.”

Rumah lelongan itu juga akan menjual sepasang kasut Converse Fastbreak yang dipakai oleh legenda bola keranjang Michael Jordan ketika perlawanan kelayakan Olimpik 1984.

Mereka dijangka memperoleh sehingga $100,000 (RM419,000).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.