
Jangka hayat seekor kucing domestik adalah sama seperti tempoh jangka hayat maksimum seseorang boleh hidup iaitu sekitar 30 tahun.
Bagaimana pun, ini tidak bermakna kucing tersebut boleh hidup selama tempoh itu kerana ia dipengaruhi oleh genetik, persekitaran dan cara hidup selain kecederaan serta penyakit.
Secara puratanya, kucing boleh hidup sehingga 15 tahun. Seperti juga manusia, kucing betina cenderung hidup lebih lama berbanding kucing jantan.
Kucing yang dimandulkan juga berkemungkinan hidup lebih lama manakala kucing baka asli cenderung untuk hidup selagi berlaku penyilangan baka.
Berikut adalah 5 kucing tertua di dunia.
1. Creme Puff berusia 38 tahun tiga hari
(3 Ogos 1967 – 6 Ogos 2005)
Guinness World Records menyenaraikan Crème Puff, kucing belang campuran sebagai kucing tertua yang pernah hidup. Kucing betina ini dimiliki oleh Jake Perry dari Austin, Texas.
2. Baby berusia 38 tahun
(1970 – Mac 2008)
Di tempat kedua ialah kucing domestik bulu pendek berwarna hitam, Baby yang tinggal bersama tuannya di Amerika Syarikat dan berusia 38 tahun.
3. Puss berusia 36 tahun sehari
(28 November 1903 – 29 November 1939)
Guinness Book of World Records edisi 1990 menyenaraikan Puss sebagai kucing tertua yang pernah direkodkan. Kucing belang ini dimiliki oleh T Holway dari Devon, England dan ia mati selepas menyambut hari jadi yang ke-36.
4. Ma berusia 34 tahun 5 bulan
(Mei-Jun 1923 – 5 November 1957)
Dalam edisi sama, Guinness menyenaraikan Ma sebagai kucing belang betina dimiliki oleh Alice St George Moore yang juga berasal dari Devon.
5. Granpa Rexs Allen berusia 34 tahun, 2 bulan
Kucing ini juga dimiliki oleh Jake Perry dan ia adalah baka Sphynx-Devon Rex yang pernah hidup sehingga usia 34 tahun.
Menurut Perry, diet kucingnya adalah rahsia kepada jangka hayat yang panjang iaitu terdiri daripada telur, brocoli, bacon serta kopi dicampur krim.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]