
Seekor ikan bernama Hanako dipercayai menjadi ikan koi tertua yang pernah hidup apabila boleh bertahan sehingga 226 tahun sebelum kematiannya pada 1977.
Ikan betina berwarna kemerahan itu hidup sejak 1751 ketika pertengahan era Tokugawa di Jepun.
Secara puratanya, jangka hayat ikan terbabit hanya sekitar 40 tahun saja namun Hanako berupaya hidup sejak zaman 70-an lagi.
Cerita menarik itu kali pertama dikongsi oleh pemilik terakhirnya, Dr Komei Koshihara menerusi siaran nasional di stesen radio Nippon Hoso Kyokai pada 1966.
Menurutnya, dia tahu usia sebenar Hanako selepas disahkan oleh Profesor Masayoshi Hiro yang bertugas di Makmal Sains Haiwan, Kolej Wanita Nagoya.
Dua daripada sisik ikan terbabit diambil dan dianalisa dalam tempoh dua bulan dan ia membolehkan Hiro mengira kesan bulatan yang tumbuh pada sisik sebagai cara untuk menentukan usia sebenar.
Berdasarkan petikan transkrip daripada siaran radio itu, Koshihara berkata, Hanako masih dalam keadaan baik dan berenang menuruni Gunung Ontake dalam jarak dekat.
“Ia mempunyai berat 7.5 kilogram dan panjangnya pula 70 sentimeter. Ikan ini amat jinak dan apabila saya memanggil Hanako, ia datang berenang di kaki.
“Ia seakan gembira apabila disentuh di kepala dan kadangkala saya membawa ikan ini untuk dilepaskan berenang di luar. Ada ketikanya orang bertanya sama ada saya melakukan aksi menarik dengan ikan ini,” katanya.
Koshihara berkata, ikan itu sebenarnya diserahkan daripada keluarga mentua yang menjaganya sejak turun temurun lagi.
“Ketika saya berkahwin, ibu mentua memberitahu ikan ini dipelihara sejak zaman berzaman dan saya perlu menjaganya dengan baik.
“Saya kemudiannya tertanya-tanya usia sebenar ikan ini dan mengetahuinya melalui kaedah ‘before-mentioned’. Anda boleh bayangkan betapa sedihnya saya apabila terpaksa mencabut sisiknya untuk dihantar ke makmal,” katanya.
Manakala Hiro berkata, dia mengambil masa dua bulan untuk menganalisa usia ikan terbabit selain mengambil gambar setiap bahagian sisik ikan tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]