Kucing tiba-tiba tak mahu makan, cuba lihat 5 sebab ini

Kucing tiba-tiba tak mahu makan, cuba lihat 5 sebab ini

Kadang-kala ada alasan yang lebih serius seperti penyakit yang membuatnya merasa sakit dan tidak selesa.

Beri perhatian khusus kepada kucing anda jika ia menolak makanan. (Gambar Rawpixel)

Pernah tak alami kucing anda tiba-tiba seperti mogok makan, makanannya tidak disentuh dan dia kerap berdiam.

Perkara ini biasa dialami dan terdapat banyak sebab mengapa kucing tidak mahu menyentuh makanan. Ia mungkin demam, tidak suka dengan makanan tersebut atau ada benda yang tersangkut di perutnya.

Namun, kadang-kala ada alasan yang lebih serius seperti penyakit yang membuatnya merasa sakit dan tidak selesa.

Kucing gemuk yang tidak mahu makan beberapa hari boleh menyebabkan lipidosis hati mengembang. Penyakit ini disebut sebagai sindrom hati berlemak, yang boleh menyebabkan masalah lebih serius jika tidak ditangani.

Oleh itu, berilah perhatian khusus dan jangan dianggap remeh. Beberapa perkara berikut yang mungkin menjadi penyebabnya.

1. Masalah pernafasan

Masalah pernafasan boleh mempengaruhi deria bau dan menyebabkan ia hilang nafsu makan.

Penyakit pernafasan di bahagian atas menyumbatkan hidung dan mata kucing dengan kotoran, yang menyebabkan ia hilang deria penglihatan dan bau untuk sementara.

Manakala penyakit saluran pernafasan bahagian bawah akan mempengaruhi paru-paru hingga menyebabkan kucing sukar untuk bernafas.

2. Masalah sistem pencernaan

Kucing mungkin mengalami masalah pencernaan atau muntah-muntah dan cirit-birit. (Gambar Rawpixel)

Mempunyai masalah pada usus, pankreas, atau organ pencernaan lain juga penyebab yang membuatkan kucing tidak mahu makan.

Selain bermasalah pada sistem pencernaan, kucing juga mungkin muntah dan mengalami cirit-birit.

Kucing anda mungkin mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pencernaan seperti asid refluks, tumor, bakteria usus, parasit, penyakit iritasi usus besar, dan lain-lain.

3. Terdapat benda asing dalam perut

Kucing suka makan objek-objek yang tidak semestinya mereka makan hingga menyebabkan tersangkut di perut atau usus.

Benda asing ini disebut sebagai obstruksi atau penyumbatan yang membuatkan makanan tidak masuk ke saluran pencernaan. Ini menyebabkan kucing muntah, dan kemungkinan besar tidak lagi mahu makan.

Terdapat juga beberapa kes yang tidak hanya menyebabkan kucing muntah-muntah dan cirit-birit, tetapi juga kurangnya nafsu makan.

4. Penyakit gigi dan mulut

Penyakit gigi atau gusi boleh menyebabkan kucing tidak mahu makan. Kucing boleh mengalami gigi patah, gusi bengkak, luka dan bernanah pada kawasan mulut, hingga menyebabkan bahagian rongga mulutnya sakit.

Sama seperti manusia, kucing yang sakit gigi juga tidak mahu makan kerana merasa sakit.

5. Masalah makanan

Makanan yang berbau atau sudah dimasuki angin juga membuatkan kucing tidak mahu menyentuhnya. (Gambar Rawpixel)

i. Rasa makanan

Selera kucing berubah-ubah. Beberapa kucing suka dengan rasa atau makanan tertentu selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun, namun kemudian tiba-tiba tidak mau lagi makan makanan tersebut.

Pada kes ini, masalahnya adalah selera, tetapi terkadang pengeluar makanan kucing juga mengubah rasa dan bahannya tanpa memberi tanda pada pek pembungkusan.

ii. Tekstur dan bentuk makanan

Kucing juga sensitif terhadap bentuk dan tekstur makanan tertentu.

Misalnya, beberapa kucing suka bentuk segitiga, sementara beberapa kucing lainnya lebih suka bentuk bulat, dan lainnya hanya akan makan makanan kering atau makanan basah.

iii. Makanan busuk

Kucing mungkin tidak mahu makanan yang berbau busuk. Jadi, sebelum memberi makan kepada kucing, pastikan ia tidak berbau atau belum luput tarikh.

Makanan kering juga boleh berbau tengik atau sudah dimasuki angin. Jika makanan tidak disimpan dengan betul, vitamin dan lemak yang terkandung di dalamnya juga boleh hilang.

Jadi, simpan makanan di dalam plastik asalnya kerana pek tersebut mungkin mempunyai pelindung khusus agar makanan tetap segar dan tahan lama.

Bagi memastikan kesegaran makanan, masukkan pek asal ke dalam bekas tertutup dan letakkan di kawasan yang sejuk dan tidak lembap.

Beberapa kucing lebih cenderung menyukai makanan yang lebih segar.

Penyelesaian untuk kucing yang tidak mahu makan selalunya bergantung kepada penyebabnya. Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor haiwan untuk mengetahui sekiranya ada penyebab lain.

Beritahu kami tentang haiwan peliharaan anda dengan menghantar gambar-gambar (format landskap) dan video pendek (jika ada) mengenai si comel anda kepada [email protected]. Sertakan sekali butir-butir seperti nama haiwan peliharaan, usia, jenis dan sedikit cerita pendek mengenai mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.