
Justeru, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah Jeli mengambil langkah proaktif, dengan menjalankan aktiviti menternak rusa sebagai ‘terapi’ kepada anggotanya, yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan tanggungjawab kepada masyarakat dipenuhi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Mohd Adni Ibrahim berkata, ketika ini pihaknya sudah menternak empat ekor rusa yang diberi nama Nozel, Suction, Coupling, dan Spindle, malah seekor anak rusa jantan juga baru dilahirkan kira-kira sebulan yang lalu, dengan gelaran Hydrant.
“Apabila ada aktiviti menternak rusa, di sini, maka ada ‘terapi’ dan ‘penyeri’ untuk kami selepas penat bekerja, dan ia memang sangat membantu meringankan tekanan kerja.
Kami juga mahu menunjukkan bahawa anggota kami bukan hanya berbakti kepada masyarakat, namun turut prihatin dalam menjaga haiwan ternakan.
“Selain itu, kami mahu memupuk budaya sayangkan haiwan peliharaan dalam kalangan masyarakat, sekali gus menarik minat orang ramai ke balai bomba ini dan menjadi terapi serta penghibur kepada anggota kami,” katanya.
Mohd Adni berkata, ternakan rusa itu dimulakan pada Disember tahun lepas dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan, yang banyak membantu membina kandang serta memberikan suntikan kepada rusa-rusa berkenaan.
“Walaupun tugas hakiki sebagai anggota bomba memaksa kami bersedia setiap masa 24 jam, namun waktu cuti digunakan sebaik mungkin untuk kami menguruskan rusa-rusa tersebut bagi memastikan makanan, kandang dan keperluan haiwan tersebut terjaga rapi.
“Pada mulanya ia agak liar, tapi bila masuk minggu kedua dan ketiga, mereka semakin jinak dengan anggota kami dan keluarga-keluarga anggota yang tinggal di kuaters kediaman di sini,” tambahnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]