5 aktiviti dalam talian yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan sewaktu PKP

5 aktiviti dalam talian yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan sewaktu PKP

Bersosial dan hapuskan kebosanan dengan aktiviti dalam talian yang boleh dilakukan bersendirian atau bersama rakan-rakan di rumah masing-masing.

Bergembira dengan aktiviti dalam talian yang menyeronokkan ini bersama rakan-rakan. (Gambar Rawpixel)

Siapa kata anda tidak boleh bersosial dan bergembira sewaktu penjarakan sosial ini?

Terima kasih kepada dunia internet dan teknologi yang terus berkembang, kekal berhubung dengan rakan-rakan yang mungkin berada jauh boleh menjadi begitu dekat.

Dari Hawaii hingga Prague – samada sendirian atau dalam berkumpulan, aktiviti dalam talian ini akan melenyapkan kebosanan anda.

Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh menikmati keseronokan walaupun berada di rumah dengan selamat.

1) Ikuti doktor di Prague, bermeditasi dengan sami Jepun atau memasak dengan tukang masak.

Jelajahi Prague dari sofa rumah anda. (Gambar Airbnb)

Mundur ke era di mana Black Death berleluasa atau menjelajah ke London melalui mata Harry Potter.

Kesemua pengalaman dalam talian ini boleh ditempah melalui laman web Airbnb dan apa yang perlu anda lakukan ialah menayangkan secara langsung melalui panggilan video.

Lawatan maya ini sangat interaktif kerana anda boleh bertanya dan bercakap terus dengan orang di hadapan kamera.

Malah, di samping lawatan ke destinasi menarik, anda juga boleh bermeditasi dengan seorang sami Jepun atau memasak resepi asli bersama chef dari seluruh pelosok dunia.

Dengan ratusan pengalaman dalam talian yang menarik untuk ditempah di Airbnb, pasti ada sesuatu untuk semua orang.

2) Lihat reaksi teman-teman mengenai hantaran yang anda hantar kepada mereka.

Panggilan video di Instagram membolehkan anda memberi reaksi terhadap hantaran rakan dan saling berkongsi hantaran yang disukai. (Gambar Instagram)

Menunggu berjam-jam balasan mesej dari rakan anda mengenai reaksi mereka terhadap aksi kucing lucu yang anda hantar di Instagram?

Nah, sekarang anda akan dapat balasan mereka dengan segera, bahkan menyaksikan sendiri ekspresi wajah mereka kerana ciri tontonan “Instagram’s Co-Watching” membolehkan pengguna membuat panggilan video kepada rakan sambil berkongsi hantaran antara satu sama lain.

Hentikan mesej teks dan terus saja dengan panggilan video sehingga enam rakan untuk meneroka catatan masing-masing. Anda juga boleh menonton rancangan TV terbaharu di Instagram bersama-sama.

Interaksi tatapan muka akan membuatkan seperti rakan anda sedang duduk di sebelah, jadi pergi ke Instagram dan cuba gunakan ciri yang menyeronokkan ini dengan rakan anda.

3) Layari “Surf The Useless Web” dan temui laman web paling rawak

Hanya taip “The Useless Web” dan klik. (Gambar Useless)

Pertama, amaran serius: laman web ini akan membuatkan anda ketagihan.

Walaupun beberapa laman web bersifat interaktif, ada yang tidak menawarkan fungsi lain selain membiarkan pengguna menatapnya untuk jangka waktu yang lama. Namun, setiap penemuan seterusnya pasti akan jadi lebih pelik.

Dari laman web yang akan menilai kemahiran anda membuat kata laluan hinggalah yang akan mengarahkan anda kepada produk eBay yang pelik seperti daging Unicorn dalam tin dan acar “yodelling”.

“Web Useless” pastinya bukan cara yang produktif untuk menghabiskan masa. Tetapi, ia boleh menyelesaikan kebosanan anda.

Dengan satu klik, bersiaplah menjelajah ke laman web paling rawak di Internet.

4) Melayari filem maya

Teleparty, tontonan yang membuatkan anda menjadi ‘ketagihan’. (Gambar The verge)

Bawa teater ke rumah anda melalui Teleparty, di mana anda boleh melayari malam filem maya atau menonton siri kegemaran anda bersama rakan-rakan.

Ianya mudah dimuat turun ke mana-mana penyemak imbas web. Teleparty turut membolehkan penonton Netflix, HBO, Hulu dan Disney+ menonton rancangan bersama dalam talian.

Setelah rancangan bermula, semua skin akan diselaraskan.

Di samping itu, Teleparty juga mempunyai ciri sembang kumpulan yang membolehkan penonton menghantar teks berulang-ulang tanpa mengganggu skrin.

5) Mengembara ke seluruh dunia dengan rakan-rakan selesaikan permainan “puzzle” bersama.

Cara termudah dan paling senang untuk ‘melakukan perjalanan’ di musim ini. (Gambar Google)

Adakah anda resah kerana perjalanan antarabangsa masih dilarang?

Kini, bahagian keseniaan Google adalah tempat yang tepat untuk pelancong yang resah dan pencinta seni untuk memuaskan percintaan pengembaraan mereka.

Anda boleh meneroka Globetrot tujuh lautan atau terbang ke gunung berapi Hawaii dan terus ke Colosseum Rom dalam masa beberapa saat sahaja.

Dunia berada di hujung jari anda!

Kongsi pautan teka-teki dengan rakan dan pesta jigsaw pun bermula! (Gambar Google)

Selain berkeliling dunia secara maya, anda juga boleh mengacarakan pesta jigsaw bersama rakan-rakan untuk menyelesaikan teka-teki yang menggambarkan lukisan paling terkenal di dunia.

Aktiviti ini tentunya akan membuatkan anda sentiasa sibuk berjam-jam dan kekal selamat di rumah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.