Setelah 7 tahun hilang, kucing bertemu semula tuannya

Setelah 7 tahun hilang, kucing bertemu semula tuannya

Hari demi hari sehingga menjadi tujuh tahun, pada awal Dis, Nancy bertemu semula dengan Benny tepat pada hari Krismas.

Benny, kucing yang kuat dan tidak menyerah kalah. (Gambar Rawpixel)

Seekor kucing bernama Benny hilang tujuh tahun lalu di New Hampshire, Amerika Syarikat.

Pemiliknya, Nancy Bryant sudah melakukan pelbagai cara mencari Benny.

Dia mengupah kumpulan pencari di hutan terdekat dan memasang poster di kawasan tempat tinggalnya, namun Benny tetap tidak kelihatan.

Hari demi hari sehingga menjadi tujuh tahun, pada awal Dis, Nancy bertemu semula dengan Benny tepat pada hari Krismas.

“Aku masih tidak percaya,” katanya.

Menurut sebuah laman web rumah perlindungan haiwan, seseorang telah menjumpai Benny dan menghantarnya ke klinik doktor haiwan lalu mereka menemui ‘microchip’ pada Benny.

Benny kemudian dipindahkan ke rumah perlindungan haiwan SPCA di New Hampshire dan mereka melakukan proses mencari pemilkinya.

“Agar sukar buat kami kerana ‘microchip’ tersebut tidak mempunyai informasi yang cukup kerana ia tidak diperbaharui,” ujar salah seorang rumah perlindungan tersebut.

Mereka akhirnya berjaya menemui pemilik Benny. Nancy ternyata terkejut dan gembira dengan berita penemuan kucing kesayangannya. Dia lalu menjemput Benny dan membawanya pulang.

Kini, setelah Benny berada di rumah, Nancy menamakan ia St. Nick, sebagai ‘hadiah’ yang luar biasa dari kesempatan kedua yang telah mereka terima.

“Kami menyebutnya keajaiban Krismas. Dia begitu kuat untuk menanggung apa pun yang dia alami dan itu bermaksud dia tidak akan pernah menyerah.

“Dia punya kekuatan untuk terus bertahan. Setelah tahun ini, dia hanya keajaiban kami,” ujar Nancy.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.