
Kita selalu mendengar bahawa kucing tidak suka air. Malah, pemilik kucing juga sukar memandikan haiwan kesayangan mereka.
Kadang-kala kita juga tertanya, apakah kucing benar-benar perlu dimandikan?
Jawapan singkatnya, tidak.
Seekor kucing yang sihat menghabiskan hingga 40 peratus waktunya untuk merawat dirinya sendiri.
Perhatian yang berterusan pada perawatan diri yang dilakukan oleh kucing menjadikan pemilik kucing tidak perlu membantunya untuk mandi.
Tapi ada beberapa keadaan khusus di mana kucing perlu dibantu untuk merawat diri iaitu ketika kucing sakit, kucing yang berlebihan berat badan dan kucing yang mengalami depresi.
Waktu bila kucing perlu dimandikan?
- Kucing berbulu panjang mungkin juga memerlukan bantuan tambahan untuk membersihkan dirinya. Oleh itu, pemiliknya perlu menetapkan hari-hari tertentu untuk memandikannya.
- Kucing yang kotor kerana jatuh di dalam lumpuh atau badannya terkena sesuatu.
- Kucing yang memiliki kutu sehingga memerlukan bantuan manusia untuk membersihkannya.
Berapa kerap?
Menurut Lily Dee, editor di The Pawsome World, kucing tidak boleh dimandikan dengan kerap. Memandikan kucing terlalu kerap akan menghilangkan lapisan bakteria mereka.
“Kucing memerlukan lapisan ini untuk menjaga kesihatan usus yang berfungsi untuk melindungi mereka dari penyakit, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu pencernaan, dan banyak lagi.
“Kucing akan kembali bermain-main di tanah, hanya untuk mengisi kembali beberapa bakteria yang hilang pada bulu mereka,” kata Dee.
Jadi, mandikan kucing hanya jika benar-benar diperlukan.
Bagaimana kucing membersihkan dirinya sendiri?
Kucing sangat suka disikat bulunya. Jadi, jika anda ingin menjadi sebahagian dari proses perawatan kucing, anda boleh membantu dengan menyikat bulu mereka.
Secara alaminya, kucing adalah haiwan yang sangat rapi kerana mereka boleh membersihkan diri dengan lidah.
“Lidah mereka terdiri dari sendok berlubang berbentuk kait yang mampu memindahkan air liur pembersih mereka secara efektif ke bulu dan kulit mereka untuk merapikan bulu secara menyeluruh,” kata Dr. TimShu.
Kucing juga akan membersihkan kukunya dan bahagian-bahagian lain dengan air liur dari lidah kecuali wajah, leher dan telinga.
Oleh itu, pastikan anda merapikan kuku mereka dengan melakukan pemotongan rutin agar mereka tidak tercakar dari kuku yang tajam.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]