
Fredi yang berusia 39 tahun ini telah mencipta kostum unik dan menawarkan pakaian model “cosplay” untuk haiwan peliharaan itu.
Setelah berhenti dari profesion sebagai seorang guru, dia mencuba pelbagai perniagaan termasuk menjalankan bengkel motosikal. Dia kemudian mendapat idea mencipta pakaian kucing dari seorang sepupunya yang sukakan kucing.
Fredi kini menyediakan pakaian untuk pemilik haiwan peliharaan yang memilih untuk menggayakan kucing mereka dari pakaian “superhero” seperti “Thor” dan “Superman” hingga watak “cosplay”, pakaian seragam dan pakaian tradisional.
“Pada mulanya sepupu saya yang suka kucing memberi saya idea untuk membuat kostum ini dan saya terfikir itu idea pelik. Tapi ternyata lucu apabila melihat kucing memakai kostum,” kata Fredi.
Sejak menubuhkan perniagaan dalam talian tiga tahun lalu. Dia kini menjana sehingga 3 juta rupiah (($210)) sebulan jika dia menjual sekurang-kurangnya empat helai sehari. Setiap pakaian berharga antara $6 hingga $10.
Seorang pelanggan Risma Sandra Irawan, telah membeli sekurang-kurangnya 30 pakaian untuk kucingnya Sogan, dan membuat pesanan untuk majlis khas seperti Hari Raya Aidil Fitri atau pada hari Krismas.
“Ini hanya hiburan sahaja dan untuk menghilangkan tekanan,” kata Risma yang membuat akaun di platform media sosial Tik Tok mempamerkan pakaian Sogan yang mempunyai lebih dari 50,000 pengikut.
Walaupun ramai yang menganggapnya comel, Fredi telah menerima beberapa komen negatif dan kecaman di media sosial. Mereka menganggapnya kejam kerana menyeksa kucing.
Oleh sebab itu, Fredi telah menasihatkan pembeli untuk tidak memakaikan pakaian terlalu lama pada haiwan peliharaan kesayangan mereka.
Namun, apabila ramai yang menyiarkan gambar-gambar memakaikan haiwan peliharaan mereka dengan pakaian yang semakin pelik, beberapa persatuan pencinta haiwan telah mengeluarkan garis panduan buat pemilik haiwan untuk mengetahui tanda-tanda yang mungkin menyebabkan kesusahan kepada haiwan kesayangan mereka.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]