
Ada orang hobinya ‘bershopping’. Gemar membeli pakaian, beg, kasut, aksesori dan apa sahaja sehingga ia menjadi satu habit.
Tanpa sedar, almari pakaian penuh dan kadang-kala pakaian yang dibeli ada yang tidak dipakai.
Ingin buang tetapi sayang. Tetapi sebenarnya anda boleh juga menjadikan hobi membeli-belah ini sebagai satu sumber pendapatan jika bijak melakukannya.
Kosongkan almari
Buka almari dan asingkan pakaian mana yang anda mahu simpan, mana yang perlu dibuang dan mana yang ingin dijual.
Jual? Ya, sekarang ini terdapat banyak pilihan di media sosial untuk anda membuat duit. Kumpulkan pakaian, kasut atau aksesori yang masih elok dan jual. Anda mungkin terkejut melihat sambutan yang diterima jika anda berada di landasan ‘online’ yang betul.
Jual barangan melalui dalam talian
Pilihan paling besar adalah eBay tetapi ada banyak laman tempatan yang juga efisen.
Media sosial lain juga salah satu platform yang bagus. eBay adalah pilihan yang baik kerana anda mempunyai pilihan untuk membuat lelongan barang. Ia berkesan untuk barang-barang yang ‘rare’ atau luar biasa dan sukar dicari.

Tips menjual barangan secara ‘online’
1. Siarkan gambar yang terang, kemas dan menarik. Jika boleh, dapatkan bantuan dari jurugambar.
2. Kongsi semua butir-butir samada yang baik atau buruk. Ini termasuk saiz, berapa lama ia telah dipakai, di mana anda membeli, jika ada kerosakan, nyatakan dan apakah harga jualan. Pastikan anda nyatakan tawaran minimum dan nombor yang perlu dihubungi.
Ingat, jujur itu penting. Pelanggan sukakan orang yang jujur. Jika ada kerosakan, betulkan dahulu agar harganya tidak perlu dikurangkan sangat.
3. Ingin menjual barangan secara lelong. Tetapkan harga mula dan tunggu sehingga tawaran dibuat terutamanya untuk barang yang luar biasa. Hormati pembeli dan pastikan mereka juga menghormati anda. Jika perlu berjumpa dengan mereka, pastikan dilakukan di tempat terbuka.
Menjual barangan di eBay mungkin memerlukan masa yang panjang. Namun, lebih baik begitu dari barangan dibiarkan terus mengumpul debu dalam almari.

Apa yang anda ingin lakukan dengan wang hasil jualan?
Nah, anda sudah mendapat wang hasil dari jualan hobi ‘bershopping’ anda bukan. Jadi, apa yang akan anda lakukan dengan hasil jualan tersebut?
Terpulang kepada anda. Tetapi gunalah ia dengan bijak. Anda boleh gunakan untuk membeli buku atau bayar yuran seminar yang mengajar bagaimana ingin menambah pendapatan.
Melabur ke arah kebaikan akan memberi faedah dan manafaat berguna kepada anda.
Artikel ini pernah disiarkan di The New Savvy
The New Savvy adalah platform kewangan, pelaburan dan kerjaya untuk wanita yang terulung di Asia. Visi kami adalah untuk membantu 100 juta wanita mencapai kejayaan dalam kewangan. Kami menyalurkan ilmu berkualiti melalui konferens, platform e-pembelajaran, aplikasi kewangan peribadi dan data e-dagang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]