
‘Nak jumpa ayah sendiri pun kena buat temu janji’, demikian hakikat pedih yang perlu ditelan anak superstar terkenal Shah Rukh Khan, Aryan ketika disiasat pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB).
Aryan Khan, 23, ditahan Ahad lalu oleh anggota NBC bersama tujuh lagi individu sebelum kapal persiaran mewah Cordelia Cruises yang dijadual belayar menuju ke Goa diserbu.
Penahanan Aryan, antara anak superstar Bollywood yang bakal menyinar dalam bidang lakonan menggegarkan industri perfileman gergasi itu.
Malah, ramai yang meragui berita penahanan Aryan sehinggalah videonya sedang duduk di pejabat agensi tersebut tular.
Pegawai polis Vishwa Vijay Singh berkata, semua suspek ditahan kerana dipercayai terbabit mengguna, membeli dan menjual bahan terlarang. Difahamkan tiada dadah ditemui pada Aryan.
Shah Rukh Khan atau lebih dikenali dengan singkatan SRK, terpaksa meminta kebenaran agensi tersebut untuk berjumpa seketika dengan anak sulungnya. Aryan juga dikatakan menangis ketika bertemu ayahnya di lokap.
Bimbangkan keadaan kesihatan dan pemakanan anaknya di lokap, ibunya Gauri Khan juga cuba menghantar beberapa pek makanan segera namun dilarang NCB.
Aryan dan dua lagi rakannya ditahan reman sehingga 7 Oktober atas tuduhan mengambil dadah.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan hakim Mahkamah Mumbai Isnin lalu selepas pendakwa raya, Anil Singh memohon agar ketiga-tiga individu itu diletakkan di bawah pengawasan sehingga 11 Oktober.
Sepanjang tiga dekad lalu, dua selebriti terkenal Bollywood yang pernah meringkuk dalam penjara adalah Sunjay Dutt dan Salman Khan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]