
Aktor kacak Bollywood, Arjun Rampal mengakui cukup terpana dengan kehebatan seni jalanan (street art) di Brazil dan berbesar hati untuk berkongsi kekagumannya terhadap sentuhan pelukis di negara latin tersebut menerusi akaun Instagramnya.
Dalam perkongsiannya, Arjun memuat naik beberapa gambar karya seni jalanan Brazil menyebabkan ia terus tular dalam masa yang singkat.
Gambar-gambar tersebut memaparkan potret wajah yang dilukis pada dinding di sepanjang jalan.
Apa yang menarik tentang hasil seni ini adalah mural yang dipaparkan pada dinding tersebut bergabung sebati dengan pokok yang ditanam di belakang dinding tersebut.
Hasilnya, dari sudut tertentu rimbunan dedaunan itu kelihatan seperti rambut mural terbabit.
“Seni jalanan Brazil. Saya menyukainya. Tukang gunting pasti tak boleh cari makan,” kata Arjun dalam keterangan gambar itu.
Selain tular di media sosial, perkongsian tersebut turut menerima ribuan tanda suka dan komen.
Difahamkan lukisan-lukisan itu adalah sentuhan artis Brazil, Fabio Gomes Trindade.
Dia yang diikuti lebih 100,000 pengikut di Instagram sering berkongsi karyanya di aplikasi perkongsian gambar tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]