
Sebuah kaset rakaman John Lennon dan Yoko Ono yang tidak pernah diketahui wujud bakal dilelong di Copenhagen, Denmark pada Selasa.
Trek berdurasi 33 minit itu dirakam empat remaja Denmark lebih 50 tahun lalu, beberapa bulan selepas The Beatles mengumumkan untuk berpecah.
Ia antara lain mengandungi rakaman temubual dengan pasangan itu dan lagu yang dikata pernah dilancarkan.
Rumah lelongan menyasarkan jualan kaset itu bakal mencecah antara RM133,945 hingga RM209,290 dan berkemungkinan besar akan menjadi milik pengumpul barangan antik atau pun muzium.
Pada Januari 1970, sekumpulan remaja sekolah berpeluang bertemu dengan pemuzik ikonik tersebut dan menemubualnya untuk akhbar sekolah.
“Kami hanyalah sekumpulan budak hippies berumur 16 tahun,” kata Karsten Hoejen yang merakam sesi itu kerana cukup berminat dengan kempen keamanan Lennon dan Ono.
Difahamkan, pasangan itu berada di Denmark untuk menghabiskan masa dengan anak perempuan Ono bersama bekas suaminya Anthony Cox dan isterinya Melinda.
Menurut Hoejen lagi, pasangan itu turut mempersembahkan satu lagu pendek berjudul Radio Piece. Ia digubah sebagai lagu tema sebuah stesen radio, namun stesen radio itu tidak pernah dibuka.”
“Setahu kami, satu-satunya tempat di mana lagu itu wujud adalah di dalam kaset kami.”
Pengarah rumah lelongan Alexa dari Bruun Rasmussen memberitahu BBC, rakaman seperti ini sangat jarang diperolehi.
“Kami tidak pasti sama ada wujud rakaman lain yang seumpamanya, kerana ia adalah rakaman yang tidak rasmi.”
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]