
“Alhamdulillah selamat sampai dan bermula 8 hari kuarantin di Jakarta,” demikian kata penyanyi Nourul Depp dalam perkongsian di Instagramnya.
Penantian hampir dua bulan pemilik nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab, 44, untuk berhijrah bersama keluarga ke Bali Indonesia bagi memulakan hidup baru kini jadi nyata.
“Ok kita dah selamat sampai ke Jakarta. Alhamdulillah. Semua kepenatan macam nak gila,” kata Nourul di dalam videonya melawak.
Dalam kepenatan Nourul Depp sempat berkongsi suasana malam yang indah di Jakarta serta gelagat anak-anaknya yang keletihan.
Video yang mendapat lebih 96,000 tontonan itu turut menerima pelbagai respon dari warganet terutama rakan artis dan selebriti.
Menerusi perkongsian seterusnya, penyanyi kelahiran Pulau Mutiara itu memuat naik suasana hari pertama kuarantin di Jakarta.
“Kuarantin kat mana pun, mana ada housekeeping. Haa buat sendiri. Tapi semua depa beri,” kata Norul dalam perkongsiannya di Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, anaknya Zachary dilihat gigih memvakum lantai rumah sementara suaminya Eric membersihkan ruang dapur.
Sambil mengarah anaknya Zachary, penyanyi dan usahawan makanan kesihatan itu memuji pihak pengurusan kediaman yang menyediakan pelbagai keperluan asas walaupun tidak menyediakan perkhidmatan pembersihan.
Terdahulu, penyanyi lagu Kerana Terluka itu turut berkongsi suasana selepas selamat ‘check-in’ di lapangan terbang.
Selain berkongsi penghargaannya kepada seluruh kakitangan lapangan terbang, Noorul turut memuat naik video suasana ketika menanti penerbangan bersama keluarga.
“Hari ini adalah harinya. Alhamdulillah, selamat ‘check-ini’. Terima kasih kepada yang mendoakan. Bukan mudah berjalan dengan anak kecil, tetapi Allah mempermudahkan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan lapangan terbang dan imigresen. Sayang anda semua,” katanya.
Nourul yang mendirikan rumahtangga dengan Eric Daniel pada 2012 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, Raphael, 6, Isabella 2 dan Ayu Nazirah, 23, hasil perkahwinan terdahulu dengan komposer Ajai.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]