Ella baru tahu asam pedas letak bunga kantan lagi ‘kick’

Ella baru tahu asam pedas letak bunga kantan lagi ‘kick’

Dalam perkongsian itu, Ella terkenang masak lemak dan asam pedas air tangan Jojie yang memang mantap.

Ella mengakui sejak sebelum berkahwin lagi, dia menggemari masak lemak dan asam pedas air tangan Jojie. (Gambar Facebook)

Bila ditanya masakan asam pedas mana yang paling mantap, memang sukar untuk membuat pilihan kerana jenisnya cukup banyak.

Tapi ketika singgah di laman Facebook milik Ratu Rock negara, Ella Aminuddin, nampaknya asam pedas pilihan hatinya sudah tentulah asam pedas Muar.

Malah, apa yang menariknya dalam perkongsian Ella bersama kakaknya Jojie berjudul ‘Apa juadah anda hari ini?’ dua beradik yang menurut warganet tak ubah seperti kembar itu dilihat kembali bereksperimen di dapur.

Namun sebelum bereksperimen, Ella mengakui sejak solo lagi, dia menggemari makanan seperti masak lemak dan asam pedas yang disediakan Jojie.

“Jojie memang boleh masak. Ella pula biashe biashe saja.

“Dari dulu sebelum kahwin, antara masakan yang Ella suka Jojie sediakan ialah masak lemak dan asam pedas,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan Ella, selepas berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Muar, barulah dia tahu bahawa masakan itu lebih sedap jika dimasak bersama bunga kantan.

“Bila dah jumpa orang Muar, barulah Ella tahu yang asam pedas tu lebih sedap kalau dimasak sekali dengan bunga kantan. Terima kasih Umi,” katanya lagi.

Menjenguk di ruangan komen pula, rata-rata warganet memuji kecantikan dan bakat memasak dua beradik itu. Malah, ramai juga yang menawarkan diri untuk menyediakan asam pedas buat dua selebriti tersebut.

“Kak Ell jom turun Tangkak saya masakkan asam pedas 365 hari,” komen Kak Edd.

“Alamak…terbaik laa!!! betul tu nak power lagi asam pedas kena ada bunga kantan,” celah Orga Shahril.

“Asam pedas Muo mmg biasa letak bunga kantan. Kalau tak letak tak kick. Jom Ella datang Muar boleh makan sate kita belanja,” kata Kak Zai Ngadiman pula.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.